Thursday, July 9, 2009

Dushhhhhh!!!

Ayoooooooooooooooo....... Patah riuk aku hari ni.......
penatt

Tuesday, June 30, 2009

NUKILAN SEPANJANG ZAMAN

Ini adalah karya-karya sepanjang aku melibatkan diri dalam bidang penulisan

NOVEL:
  • Marhaenis (belum diterbitkan)
CERPEN:
  • Airmata Ibuku Dalam Semangkuk Cendol (belum diterbitkan)
  • Tiga Isteri Satu Wilayah (belum diterbitkan)

SAJAK:

  • Kalimat (belum diterbitkan)
  • Ku Berserah (belum diterbitkan)
  • Tetap Di Sini (belum diterbitkan)
  • Umat (belum diterbitkan)
  • Si Ibu (belum diterbitkan)
  • Rintihan Sang Jagat (belum diterbitkan)
  • Terduga Langkahku (belum diterbitkan)
  • Bantuan (belum diterbitkan)
  • Kutu-Kutu Puduraya (belum diterbitkan)
  • Bonda Kemerdekaan (sudah diterbitkan)
  • Keinsafan (belum diterbitkan)

Monday, June 29, 2009

Bongkar!!!

Semalam sebelum aku balik ke KL kira2 5 jam sebelum aku menaiki bas (kat rumah lagi la) hehehe.... Aku masih tercari-cari sesuatu yang aku rasakan bagai tiada benda yng menghiasi tembok umah aku. dari mula balik kmpung sampai semalam tak ada. Aku cuba tanya mak dengan abg. tapi tak berjawab. Semalam aku tanya lagi
"Mana motor vespa"
Mak aku terus bagi tau. abah dah jual motor vespa tu. sebab dah tak ada duit. aku bagaikan kaku. tergamam. tak tau nak cakap apa. airmata nak menitik tapi aku tahan. disebabkan aku abah terpaksa jual motor. disebabkan aku abah terpaksa berhutang sana sini.
"Adik mintak maaf abah sebab dah menyusahkan abah"
MAK.....ABAH
I LOVE U..........

Wednesday, June 24, 2009

D' Kampung

Cuti 2 minggu ni aku tak buat pape pun. Aku balik sbab nak hilangkan penat and rasa rindu sebab dah lama tak balik kampung. Hari2 dok menghadap laptop ni jelah. Novel aku seperti sebelumnya..tergendala lagi. Buntu aku dibuatnya. Tak tau lah. Dushhhh!!!.

Tiba aku teringat pulak mak dengan bapak aku. lagi sedih lah. ayooooo. daripada itu aku dapat idea. idea tu aku garapkan dalam bentuk CERPEN. siap jugak malam tadi setelah bertungkus lumus memerah idea. Idea saja yang aku ambil. Jalan cerita aku create lain.

CERPEN:

"AIRMATA IBUKU DALAM SEMANGKUK CENDOL"

KARYA:

NekYaM 08 / Mohazrie

Wednesday, June 17, 2009

Kasih tak kesampaian

Saat aku kenali dia aku rasa bahagia. Seronok dapat kenal org mcm dia. lama-lama aku jadi suka kat dia. dan aku rasa dia adalah segala-galanya bagi aku. keikhlasan, kejujuran dan tanggungjawabnya dapat aku rasai hingga sekarang.

Namun aper yang aku harapkan kecundang. Mimpi indah bertukar menjadi tragedi. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... Tidakkkkk!!!!. Kenapa di saat begini, jawapan seperti itu yang aku terima.

Takpelah aku sedar, aku tak sempurna. Aku pun tak layak untuk memilikinya.

TERIMA KASIH...TERIMA KASIH.

DEBGARKAN SAJA KLIP INI JIKA KAU MELIHATNYA:





Link post: http://www.youtube.com/watch?v=XdQwNMtqHRg

Sunday, June 14, 2009

PELUANG KEEMASAN

Fairuz tawarkan kat aku job untuk buat novel. OMG.....Dushhhh...Novel bukan hidup aku....Tapi takper....Aku penulis...pasti boleh.......Demi menampung kehidupan aku...aku buat juga.

Aku kena selongkar balik dokumen aku........Akan aku siapkan novel aku yang terkandas suatu ketika dulu.........SIAPKAN WAN....

AKAN MENEMUI ANDA

"MARHAENIS"

sebuah novel awal remaja

karya

NekYaM 08 / Mohazrie

Wednesday, June 10, 2009

Airmata di Kuala Lumpur

Aku rasa macam dah tak guna aku duk lagi kat kl ni. Aku dah banyak susahkan keluarga aku. Aku sentiasa mintak dari mereka. Aku dah tak sanggup nak mintak2 lagi. tapi keadaan memaksa aku untuk terus meminta. bukan untuk kesenangan aku. tapi untuk keperluan aku.

Tadi aku tepon mak tanya pasal duit. Aku memang dah takde duit. betul2 takde duit. duit2 aku bukan aku abiskan untuk berjoli. tapi untuk makan, tambang Lrt dan sebagainya. kadang2 aku tak makan pun sebab nak berjimat.

"Asslkm, mak buat aper?"

"Tengok tv"

"Sorang je ker?"

"Haah"

"Abg dengan abah mana?"

"Keluor"

"Owh"

"Ada aper tepon"

"Sajer je. Ni pun baru balik. Dah nak sampai umah"

"Dengan sapa?"

"Sorang je. Yang lain dah balik. Tadi ada show tlg budak2 ni"

Aku terdiam sebab tak sanggup nak cakap.

"Mak , dah cakap dengan abah pasal duit?"

"Dah, duit tengah takder. Nak korek mana?"

Aku tersentap. Bukan sebab tak dapat duit. Aku sedih sebab kerana aku duit abah dah abis dalam bank. Kerana aku jugak, abah terpaksa pinjam dengan orang. Aku dah menyusahkan abah dengan mak.

Mak, Abah...adik mintak maap sebab dah susahkan mak dengan abah.

Maafkan adik...

Maafkan adik...........

Tuesday, June 9, 2009

Carutku berkumandang lagi

Hari ni aku datang ke kolej tempat aku belaja dengan rasa gembira da penuh keriangan. Hari yang aku harapkan tiba. Bukan apa, hari ni pinjaman aku dah kuar dan aku boleh ambik cek aku. Aku menuju ke bilik kewangan untuk ambik cek tu. Malang terus menimpa.

"Kak saya nak ambik cek"

"Fakulti?"

"Teater"

"Nama?"

"Mohd Hazwan"

"Ermmm...Mohd Hazwan Bin Mohd Khadari ke?"

"Ha'ah"

"Maaf dik, adik punya tak proses lagi. Ni nama yang warna biru jer dah proses dan boleh ambik cek"

"Apa hal plak, janji hari isnin bleh ambik. apsal tak bleh plak?"

"Tu akak tak tau. adik kena tanya suMkaP. Sebab dia yang uruskan semua ni."

Keluar dari bilik kimaks tu.,.....

"Nak bagi tak nak sudah., semua keja buat lembab. pengurusan yang lembab. Memang lembab. lembab" (didengar oleh orang pejabat yang lalu lalang)

Aku pegin jumpa sumkap. minta penjelasa. dia pun terkejut sebab ni. pastu dia belek2 borang aku. dan aku terangkan aku dah buat semakan. dia sendiri yang tengok masa semakan tu. kata tak ada yang salah. tup2 hari ni dia kata ada yang salah. bangang ke tak bangang. bongok. yang salah aku dah gari buat yang betul dan tandatangan kat tepi. dia nak orang yang buat salah tu sendiri kena tandatangan. takkan aku nak balik kampung la tu jugak johor. kalau ko bagi duit aku balik takper., aku dahlah tengah takde duit. nak kena bayar tulah inilah.

FFFFFFFFFFFFF*****************KKKKKKKKKKKKK

Friday, June 5, 2009

Carut aku dibahagian kewangan

Aku bengang sangat hari ni dengan pihak pengurusan tempat aku belajar. Bukan bengang pasal apa. tapi bengang pasal pinjaman yang aku tak dapat setelah sekian lama. Aku ni bukanlah orang senang yang bila2 masa boleh keluar duit dari ATM.

Katanya cek pinjaman boleh ambil hari ini 5/6/2009. Aku sangat excited sebab aku tengah nak guna duit. nak beli barang, nak bayar sewa dll. tapi bila tanya kewangan? HAMPEH.

"Cek hari isnin ni baru kuar dik. Konfem hari isnin"

Aku: pehal plak, kata hari ni.

"confirm hari isnin dik. Ada masalah sekarang ni."

Aku: Masalah pe nya. Semua nak buat last2 minit. Kejer tu lain kali buat efisen sikit. Jangan lembab.

Aku bengang terus keluar dari department tu. Bengang sangat. Macam sial. Menyusahkan aku je. Kang aku ngadu kat kementerian or whatever kata aku kurang ajarlah. rosak nama kolejlah.

Tu suka hati aku. Sebab korang dah kurang ajar kat kitorang. DUIT TU DUIT KAMI. Nak suruh bayar balik bukan main cepat. tapi nak bagi macam aper. NAK GAH JER.

Tapi kebajikan pelajar ada amik kesah.

f**K

Wednesday, June 3, 2009

Alhamdullillah...Amin!!!

Setelah hampir setahun aku kat sini, ada rezeki untuk aku. Aku tak mengharap kerja yang besar2 untuk aku. cukup sekadar untuk aku tambah pengalaman. Aku diberi tanggungjawab untuk tolong budak PeTA. Make-up pelakon jer. sekurang2nya benda tu membantu aku masa akan datang.

Aku akan jadi SM untuk 5 pengarahan budak degree teater tahun 2. Sebab karya diorang akan diangkat masa Hari Seniman bulan JULAI ni. Alhamdullilah tu kira sebagai prasyarat untuk aku PeTA nanti coz aku amik major PENGURUSAN.

Lepas tu Abg DB tadi ada pelawa ku untuk buat pengurusan dalam Muzikal Tun Razak dekat IB. Tak sangka aku. Ni lah acara besar untuk aku. Moga aku dapat laksanakan tanggungjawab tu nanti.

Monday, June 1, 2009

Migrasi katanya....

Akhirnya semester kedua tahun pertama berakhir dengan jayanya. Semua exam aku dah harungi. Assignment pulak aku dah bereskan. Tinggal tunggu result je. Lupakanlah.... Malas nak beratkan kepala fikir benda tu semuanya.

Akhirnya seksa duduk kat hostel pun berakhir. Aku pindah semua barang-barang kat umah sewa. Sekarang ni laha masa untuk aku hidup sendiri walau dengan housemate. Walau sikit aku dapat rasakan aku mampu untuk hidup sendiri.

Aku akan pastikan hijrah ini menjadi satu titik permulaan untuk aku majukan diri aku. biar aku bertatih sedikit demi sedikit. Migrasi ini pastinya satu petanda baik buat aku.

Monday, May 25, 2009

Kenangan Yang Terindah



Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=RMs83vY2d34

Aku rasa happy sangat sebab show Mek Mulung dah pun selesai. suatu pengalaman yang tak dapat nak aku lupakan. Bukan apa, ini adalah pengalaman terbaru bagi aku yang tak pernah terlibat dalam mana2 produksi teater tradisional. teater tradisional memerlukan kemahiran dan juga kreativiti dalam mengolah suatu persembahan. bukan apa...teater tradisional merupakan sastera rakyat yang disampaikan secara lisan dari saru generasi kepada generasi yang lain. tiada skrip. dan ini memberi satu cabaran kepada pelakon untuk melakonkan watak2 yang ada dalam cerita.




Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=PgjJNkBb-kM

Aku rasa ni lah pencapaian aku yang aku sendiri rasa dalam hidup aku. Aku telah berjaya meletakkan diri pada satu tahap yang boleh aku banggakan. Dan itu bukti untuk aku tunjukkan pada family aku, bahawa impian aku selama ini terbukti... Tq kepada semua yang bagi support khususnya family kau sendiri. Tak lupa kepada tenaga pengajar. kalau takde diorang aku sendiri takkan tahu pasal Mek Mulung dan takkan jadi seperti sekarang. dan aku mungkin takkan tahu yang aku ni boleh melwak. hahahahahahhaha.......

Saturday, May 23, 2009

Mek Mulong oh Mek Mulong

Ambik kau hari ni dah start show bagi aku. takut seh..........harap2 dapat buat yang terbaik malam ni. hope aku dapat adlib dengan baik...........

Yang Mendewasakan Aku



Link Post : ttp://www.youtube.com/watch?v=QvCo-KfIRsM



Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=i7BOo_yhYdQ



Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=CxIN79n4jVo



Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=cl9axmrFnEc

Wednesday, May 20, 2009

RASA YANG TERPENDAM

LUAHAN RASA YANG LAMA TERPENDAM...
  • Aku rasa bengang sangat bila dengar orang dok sibuk2 cari pasal dengan aku. Kalau ko rasa diri tu bagus....please step forward. Tunjukkan yang ko hebat. Jangan nak dok bagi komen yang tak membina. Bukan aku nak kata aku bagus. Tapi sekurang2nya aku tunjukkan usaha untuk memperbaiki diri aku.
  • Ni semalam. Bengang aku rasa yang teramat sangat. Aku cakap baik2 tapi maki aku balik. Kau kalau nak buat show tapi tak nak tunjuk bakat yang ada tak payah nak berangan nak tunjuk hebat. Kalau malu tak payah nak jadi orang. Mentang2lah ko jadi korus ko ingat ko boleh dok senang lenang harap orang lain. Sampai bila ko nak maju. Ko tak bolehlah nak harap pelakon or penari cover untuk kau. Kitorang dah lah nak guna suara masa lakonan. Fikir2 lah jugak. Aku pun kena kuar suara gak. Lebih kuat lagi nak guna. Ko setakat duduk, goyang badan, menyanyi je.... Kerja senang dah. Taklah banyak bergerak. Kitorang ni yang banyak bergerak dahlah kena maintain energy.
  • Lagi satu, komen pasal aku tiru idea orang. Hello ko ingat adlib senang. Kita dah lah kena improvise semua benda. Semua benda kena fikir cepat. Orang takkan sedar bila kita tiru or tak. mungkin yang ko nampak tu satu kebetulan. Ko ingat kalau adlib yang meleret2 penonton suka ker.....Lagi penonton tu panas punggung adalah. Kalau rasa diri bagus.... pi gan ti tempat aku. Jangan nak brlagak bagus. Kau pun berlakon macam aper.....tak rasa apa2 pun. mumbling je aku dengar. energy lagilah takde. Kau ada mulutkan.. bukak mulut tu.... jangan nak kemam perkataan....
  • Ada lagi.....Ni watak kecik.....bila suruh kuat cakap biar penonton depan jer yang dengar.....Ko ni buta ker, rabun ker aper.....abis penonton kat kiri kanan tu haper...hantu...... Bangang nyer....Bagus sangat ker kau nak macam tu. kalau dah rasa bagus....tak payah nak masuk sini......pantang betul aku.
  • Lepas tu, dah buat satu2 benda....mula jadi hidung tinggi.. nak menunjuk2......Come on lah.....Kau tunjuk2 nak buat saper iri hati... kalau yan g ko buat tu bagus takpe... ni langsung takde aper2...kosong jer.........
  • Cakap nak gempak show.... tapi.....

Aku cakap bukannya nak tunjuk aku bagus atau aper....aku sedar ruang, sedar waktu & sedar batasan. Aku perbaiki hari demi hari. Kalau korang rasa terkesan dengan aper yang aku cakap ni, aku mintak maap dari ujung rambut sampai ujung kaki. aku cakap untuk kepentingan bersama.

Wednesday, May 13, 2009

Tak kuasa betul!!!!

PENAT......PENAT>>>>> MALAS......... BENGANG.......SAKIT HATI....

SEMUA ADA KAT AKU HARI NI........

DUSHHHHH!!!!!!!!

Tuesday, May 12, 2009

OMG

SKRIP MM TAK HABIS HAFAL.............. TIDAKKKKK!!!!!

AkU Rasa...

Kenapa aku rasa final exam kali ni tak macam exam. Aku tak taulah kenapa. Aku masih lagi tak bersedia nak exam. Aku jawab pagi tadi pun ntah apa2. Aku tak bersedia. Sem kali ni penuh dengan tekanan kerja dan tanggungjawab. Kenapalah sem ni short sangat. DUSHHHH!!!!

Monday, May 11, 2009

Menjadi ker?

Hari ni kelas MM dapat skrip baru. Dialog aku makin bertambah. DUSHHHHH!!>> Tapi aku tak tau hari ni aku buat menjadi or tak....... Aku tanya "S" dia kata menjadi. Mungkin sebab babak tu serius so kena lah dengan aku. Tapi nanti bila yang tu OK yang mula2 plak macam mana....,. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 10, 2009

KENAPA NI?

Aku tak tau kenapa dengan aku. Sampai sekarang aku payah nak bawak watak AWANG MUDA. Aku tau aku budak teater. Dan memang akan menjadi tugas aku untuk explore semua ni. Terus terang aku cakap aku bukan komedian yang senang2 untuk berlawak. Aku jenis serius. Macam mana ni.....

Saturday, May 9, 2009

TELL me WHY???



Saya rasa terkesan setelah mendengar serta menonton video klip nyanyian kanak-kanak ini. Apa yang dapat saya rungkaikan ialah, ianya adalah lagu Khas yang ditujukan kepada mangsa-mangsa keganasan. Saya mula terfikir bagaimana jika masyarakat kita sendiri mengalami nasib yang sama. Minta dijauhkan...... Kadangkala terjelma dalam benak fikiran...mengapa terus berlaku peperangan? Adakah dunia hanya akan terus melihat sahaja perkara ini terus berlaku.

Secara tidak sengaja airmata saya menitik tatkala menghasilkan 'post' ini. Mata tekun melihat skrin. Jari lincah menari-nari di atas keyboard. Telinga mendengar lagu ini. Bertambah-tambah sedihnya.

Sunday, May 3, 2009

Berita Utama : Perubahan yang dicari? Jom Kita siasat




Ini adalah aku yang baru. Nama je masih Mohd Hazwan Bin Mohd Khadari. Still orang boleh panggil aku DEQ-WAN. Perubahan akan berlaku. Slow-slow. Aku akan teguh. Akan terus memasang pasak hingga ke tunjang kehidupan. Biar hati bertabur dengan rasa kesengsaraan. Akan aku rantip segala kekusutan.
  • Sebab Deqwan diladi Deqwan oi
  • Sebablah Deqwan..Deqwan oi
  • Deqwan yang baru eh......

JUST AROUND THE CORNER!!!

Alamak...... Show dah nak dekat. Skrip Awang Muda aku tak hafal lagi........ Nasib baik boleh adlib.... Tapi adlib-adlib pun payah gak. Adus..... Amik kau......
  • Eh....Tok leh ralik lah sini kepada sini
  • Sini Eh....Nak menuju ke E.T ke Panggung E.T
  • E.T eh.... sampai waktu beraksi Awang beraksi...
  • Ya............
Amik kau lirik baru MEK MULONG versi DEQ-WAN
hahahahhahaha

Tuesday, April 21, 2009

Maafkan saya..."PUAN"???????????

HARI INI MERUPAKAN HARI PALING "DOWN" BAGI AKU. AKU TAK TAHULAH KENAPA DENGAN AKU HARI INI. MOOD AKU NAK BELAJAR MAKIN LAMA MAKIN MENJUNAM. HARI NI JUGAK KELAS BI DENGAN KELAS LAKONAN 2 AKU TAK PERGI. AKU TAK BERAPA SIHAT SANGAT. DITAMBAH PULAK DENGAN MOOD YANG TAK BERAPA NAK BAIK. AKU KALAU DAH TAK ADA MOOD, SEMUA ORANG AKU LAYAM MACAM TAK LAYAN JE. BUKAN BERMAKNA AKU SOMBONG OR APA KE. AKU MALAS.
HARI NI JUGAK ADA PESONA SENI DIMANA DATO' RAHIM RAZALI MENJADI PENCERAMAH DENGAN DIMODERATORKAN OLEH KAK ANI. TAJUKNYA SENI DAN SAYA. KAMI SEMUA BUDAK KELAS TEATER MODEN MALAYSIA WAJIB HADIR KERANA PERLU SEDIAKAN LAPORAN. SEBELUM MAJLIS BERMULA, AKU DUDUK DEKAT BAHAGIAN BELAKANG. MASA TU MASIH KELIHATAN LENGANG. SIT PUN TAK ADA LAGI YANG DUDUK. LEPAS BEBERAPA MINIT MAJLIS NAK MULA KAMI SEMUA DI MINTA UNTUK PENUHKAN BAHAGIAN HADAPAN. AKU BUAT BODOH JELAH. BAGI AKU TAK GUNA DUDUK DEPAN TAPI BERBUAL. BAIK AKU DUDUK SORANG-SORANG. PUAN QIS SURUH. DENGAN MOOD YANG TAK ADA TU AKU MACAM TARIK MUKA. MALAS NAK LAYAN. PASTU DIA TANYA KENAPA BUAT MUKA MACAM TU. AKU DIAM MALAS NAK JAWAB. DIBA TOLONG JAWABKAN DIA DEMAM AND TAKDE MOOD. TQ DIBA. AKU MALAS NAK GADUH DENGAN DIA SO PINDAH TERUS DEPAN.
TENGAH SIBUK DENGAR CELOTEH DATO' RAHIM, BOLEH PULAK DIA MSG DIBA SURUH AKU JUMPA DENGAN DIA. PEHAL PULAK AKU NAK JUMPA. KALAU SETAKAT TARIK MUKA NAK KATA AKU KURANG AJAR. PERGHHHHH!!!! SAKIT JIWA.... MALAS AKU NAK JUMPA. KALAU JUMPA PUN CAKAP JE MAAF. ARHGHHHHHHHHH!!!!

Friday, April 17, 2009

CiNtA yAng HilaNG

Tragedi semalam membuatkan aku sedih. Aku tak sangka akan jadi macam ini. Andai aku dapatkan roda masa kembali semula akan aku mulakan lembaran itu kembali. Namun sudah terlambat. Maaf dan terima kasih tidak akan dapat pulangkan balik segala rasa sedih dan air mata aku. Jadi aku ungkapkan rasa pilu itu...
Hilang semua janji
semua mimpi-mimpi indah
hancur hati ini
melihat semua ini
Lenyap telah lenyap
kebahagiaan di hati
aku hanya bisa
menangisi semua ini
hancur hati ini
melihat kau telah pergi
Langit menjadi gelap berkelabu
menyelimuti hatiku
mengubah seluruh hidupku
mengapa semua jadi begini
perpisahan yang terjadi
di antara kita berdua
aku akan menanti
sebuah keajaiban
yang membuat kita bisa
bersama kembali
Bilik Video Library ASWARA
Jumaat / 17 April 2009 / 11.47a.m

Saturday, April 11, 2009

Bahagia

Bahagia sangat hari ini, sebab dapat luangkan masa dengan yang tersayang ( RAHSIA ). Love u sayang....Muahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, March 13, 2009

BUNTU

UNTUK SEMENTARA WAKTU INI, SAYA TIDAK AKAN MENULIS APA-APA POST. HAL INI ADALAH KERANA SAYA SEG=DANG BUNTU UNTUK MENGHASILKAN KARYA. DITAMBAH DENGAN KESIBUKKAN DALAM MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PELAJAR. OLEH HAL YANG DEMIKIAN, SAYA MEMERLUKAN MASA DAN RUANG UNTUK DIRI SAYA DALAM MENCARI IDEA-IDEA BERNAS SERTA MEREHATKAN DIRI. SAYA AKAN PUBLISHKAN POST YANG TERBARU DI KEMUDIAN HARI. INSYAALLAH.
TUNGGU SAHAJA POST-POST TERSEBUT YANG BAKAL TERSIAR NANTI.
HARAP MAKLUM.
TERIMA KASIH.

Tuesday, March 10, 2009

Sepinya!!!

Mengapa aku rasakan diri aku kesepian sekarang. Tak terucap dengan kata-kata. Saat aku memerlukan seseorang pastinya tak kunjung tiba. Dimanakah gerangan. Siapakah yang sudi bertandang. Adakah aku hany mampu berangan-angan. Ku mencari sebuah kehidupan. Saat begini siapa harus ku tanya.
Manakah kau wahai insan. Menolak segala pelawaan. Pemilihan menjadi tunjang kesempurnaan.
Di mana?

Sunday, March 8, 2009

Kutu-Kutu Puduraya

Puisi ini telah saya hasilkan ketika berada di dalam bas ekspress Maharani. Sewaktu itu saya ingin pulang ke kampung di Muar. Ketika di Puduraya ilham untuk menghasilkan puisi ini tercetus lalu saya jelmakannya di atas kertas.

Meniti tangga-tangga batu
Lalu melempar senyum pada
Si jaga tua yang
Tersengguk-sengguk
Mendakap walker talkernya

Meninggalkan hostel jingga
Berlalu mengharungi
Padang Merbok nan luas terbentang
Melirik liar anak mata
Ke segenap halaman
Terjengket menapak perlahan
Tanpa senjata digenggaman
Takut-takut Si taring hitam
Datang menerjah lalu menerkam

Segera berjalan
Di kaki lima
Menuju terowong di tengah kota
Meluru ke stesen penghubung
Antara dua benua berbeza

Hati cemas mencengkam
Tatkala diri keseorangan
Tanpa kawan sebagai peneman
Membiarkan semangat keberanian menyelubungi diri
Lalu masuk ke pintu menuju
Tempat penantian di platform ketujuh

Sesak-sesesaknya di naungan Puduraya
Manusia-manusia bertamu dan bertandang dari
Mana-mana
Tiket menjadi buruan
Tak kurang juga dengan
Jeruk dan buah-buahan
Aneka minuman berperisa menjadi penghilang dahaga

Topup Maxis tidak terkira
Ke mana-mana Digi dicari
Mencari-cari hingga tiba di wilayah Celcom
Dahsyat!

Johor Bahru, Johor Bahru!
Tampin!
Larkin!
Aduh, bingitnya!
Memeritkan telinga

Muar, Muar!
Melaka
Perak
Pahang, Pahang!
Mari, mari…

“Adik nak pergi mana?”

Diri tertawa melihat
Si kutu-kutu dinaungan Puduraya
Memanggil-manggil
Berteriak
Bertempik
Memburu mangsa
Menyasarkan tiket-tiket “palsu”
Pada tamu yang berkunjung

Ekspress Maharani @ Puduraya
4.00 p.m / 6 Mac 2009

Thursday, March 5, 2009

BANTUAN

Puisi ini telah saya hasilkan setelah menonton video klip Carrie Underwood berjudul I Stand by You. Video ini menayangkan kisah kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa serta mereka yang menghidapi HIV di Afrika Selatan. Oleh hal yang demikian, puisi ini terhasil untuk memberikan pengajaran kepada kita. Baca dengan hati terbuka, serta hayatinya dengan penuh peasaan.

(mengenang mangsa HIV di Afrika Selatan)
Sepuluh saat…
Lima belas saat…
Dua puluh saat…
Masa berlalu
Detik terus berdetik

Dua puluh lima saat
Semakin hampir
Kian hampir

TIGA PULUH saat
Nyawa tergadai
Hidup terkulai
Si virus petualang
Bersama tawa serakah
Bertamu di ladang tubuh si tua
Pengemudi mahligai bahagia

Saat demi saat
Tubuh yang dulunya sasa
Kecut dimamah virus durjana
Noda-noda gelap
Menampakkan taring berbisa

Si cilik
Ketakutan
Menangis teresak-esak
Meronta-ronta di sisi
Si tua gering

Teman akhirat memanggil-manggil
Dengan senyuman manis
Mempersilakan tamu baru berkunjung
Ke lembah jagat yang suci
Di atas sana

Tinggal jasad
Di dunia yang sementara
Si kecil keseorangan
Bergelar yatim piatu
Tiada bapa mahupun ibu
Yang tinggal hanyalah
Kenangan lalu
Di perdu mahligai nan satu

Keseorangan wahai anak-anak suci
Mencari kehidupan abadi
Siapalah yang sudi bertandang
Memberi bantuan sempurna
Walau ditunggu tak kunjung tiba
Isyarat apakah itu tandanya?

T3/P/01 @ ASWARA
2.17 a.m / 5 MAC 2009

Tuesday, March 3, 2009

TerDuga Langkahku

( Dari kisah "Yang diduga olehku" )
Telah tersurat
Didiari dunia
Sekian lama menanti
Sebuah jawapan
Akhirnya tandus diperlabuhan masa

Perih dan jerih
Penat dan lelah
Bagai di pasung
Di jendela dunia yang kian menyesakkan
Ku tunggu sebuah jawapan
Yang dulunya mendebarkan dada

Keyakinan memuncak rancak berpesta
Bersama angan-angan ceria
Saat dipanggil...
Aku maju dengan wajah ketakutan
Menanti-nanti
Membiarkan detik-detak
Jam di dinding berlalu pergi

Aku bingkas berdiri
Langut...
Berdialog dan berlagu riang
Di tengah gelanggang perlumbaan
Saat kesakitan berselubung di jiwa
Demi sebuah perjuangan
Langkahan merah terus dibuka luas
Satu persatu teman
Disahut, dipanggil, diteriak
Berdampingan di sisi teman seperjuangan
Gugup, debar, gementar, ketar, gigil
Merasuk jiwa

Jelas sudah akhirnya
Nyata sudah perlumbaan
Langkahan sudah terduga
Meruntun jiwa yang hiba
Kecewa...
Sedih...
Termeterai sudah sebuah jawapan yang dinantikan
Tatkala pilihan menjadi tunjang kesempurnaan
Aku tewas
Tewas ditangan saudara sejagat
Aku pasrah demi sebuah keamanan
Biar sekuat mana dendam membara
Aku tunduk...
Tunduk dengan kelebihanmu wahai sahabat

Biarlah aku berundur dari medan pertempuran
Untuk seketika
Memasang impian dan keazaman
Demi sebuah perjuangan
Sebuah perjuangan yang belum aku selesaikan

Memang benar kata pujangga
"Purnama" indah usah di puja
Kelak jiwa akan terluka
Meratap Hiba
Wahai sahabat teman seangkatan
Tahniah!
Terduga langkahku
Demi memberi laluan tulus kepadamu

Dengan azam dan pengharapan
Buktikan...
Usah biar langkahmu terduga

Jiwa Meruntun Hiba

Tatkala mendengar MP3.... I Surrender (Celine Dion) dan When You Believe (Mariah Carey ft Whitney Houston). Aku hampir-hampir nak menangis sebab mengenangkan nasib aku dekat sini. Antara percaya atau tidak percaya, mungkin salah untuk aku ke mari. Niat untuk merebut peluang hilang dipertengahan jalan. Kesungguhan aku rasa tak berbaloi. Aku nak mengadu dekat siapa lagi. Aku tak nak emak dengan abah tahu hal ini.

YanG diDugA oLehKu

Impian dan angan-angan hanya sekadar tinggal kenangan. Cita-cita aku tetap tidak kesampaian. Tidak guna untuk aku korbankan masa demi semua ini. Aku memang mengharapkan semua ini. Pastinya ada yang menghalang impian aku. Bukan aku jealous. Tapi kepenatan aku tidak berbaloi sama sekali. Sering kali aku terpaksa bersaing. Aku sedar, aku memang tidak sempurna "sifatnya". Rasa sebak berselubung dalam jiwa aku. Aku dah menjangka.

Betullah kata mak aku, berangan sampai bila pun tak akan dapat. Aku asyik fikirkan hal ini, aku sentiasa bertanya silap di mana agaknya. Saat aku tenung wajah dia macam-macam fikiran negatif aku berpacaran dekat otak. Walau si "abiD" pujuk aku...namun jiwa aku masih tak tenang.


Mungkin aku tak layak nak galas semua ini. TAHNIAH WAHAI SAHABAT AKU.

Saturday, February 28, 2009

RinTihaN saNG jaGAt

Pada 19 Februari 2009 yang lalu, saya dan 4 orang rakan yang lain dari Fakulti Teater (Fiqa, Diba, Baby dan Nad) telah membuat persembahan bagi melunaskan tanggungjawab sebagai tugasan berkumpulan untuk kelas Bahasa Melayu. Sehari sebelumnya, kami berbincang tentang persembahan yang bakal kami laksanakan. Sebelum itu, kumpulan lain banyak mempersembahkan slot berbentuk perbincangan atau forum. Tidak lupa juga mereka yang mendeklamasikan sajak. Kami mengambil kesempatan untuk "lari" daripada apa yang telah mereka lakukan.
Kami memerah idea serta memilih isu semasa yang tepat. Hal ini kerana, kami perlu menyampaikan mesej yang jelas. Masih terngiang-ngiang dibenak fikiran kami, bahawa "Abang Din" ada berpesan serta menerangkan tentang konsep persembahan yang perlu dilakukan. Konsep Komunikasi yang tepat perlu disampaikan kepada khalayak. Komunikasi yang berkesan mestilah merangkumi aspek seperti berikut:
  1. Suara atau vokal yang jelas.
  2. Bahasa tubuh.
  3. Bunyian.
  4. Keyakinan.

Jadi kami telah memilih secara sebulat suara untuk mempersembahkan sebuah DEKON dengan diselitkan unsur PENTOMIN. Kemudian kami telah memilih isu ALAM SEKITAR sebagai nadi dan tunjang kepada persembahan kami ini. Oleh hal yang demikian, saya telah dipertanggungjawab oleh saudari Fiqa, untuk mencipta puisi.

Selepas sesi perbincangan tamat, saya bingkas mengemas beg dan buku lalu bangkit pulang menuju ke hostel untuk menyiapkan puisi ini. Penat juga memikirkan idea-idea yang perlu diselitkan dalam puisi ini. Saya menggunakan pengalaman dalam bidang penulisan sebelum ini untuk mendapatkan puisi yang terbaik. Saya telah memilih tajuk "RINTIHAN SANG JAGAT". Saya memilih tajuk ini adalah kerana ingin mengetahui bahawa sikap manusia yang tidak berperikemanusian serta tidak bertanggungjawab mengakibatkan alam merintih dalam menghadapi kesengsaraan. Kami menjalankan latihan sebaik mungkin. Kami turut memikirkan pergerakan yang perlu dilakukan bagi mengiringi puisi yang telah dicipta.

Tiba sahaja waktu persembahan, kami berharap yang terbaik. Sekiranya berlaku yang tidak diingini "The show must go on".

RINTIHAN SANG JAGAT

Tidak!!!
Tidak, Tidak!!!
Tidak!!!
Tidak…!!!

"Aku haus…
Tolong…
Mengapa dihukum begini
Wahai “MANUSIA”?

“Tebang lagi…
Tebang banyak-banyak…
Tarah lagi…
Korek dalam-dalam…
Hahahahaha…..”

“Kita nak buang di mana tuan?
Campak saja dalam sungai itu.
Tapi, nanti kita kena tangkap?
Aku bos atau kau bos?
Aku cakap buang, buang sajalah…
Baik tuan…”

Kehijauan menghias wajah semesta menyejuk mata,
tenang jiwa setenang-tenang air terjun berlagu riang seriang-riang unggas di belantara

Langit terhampar
gunung menerjah awan tempat raja rimba bertapa tempat beburung berpesta tempat monyet berkeluarga

Tasik cerminan wajah kesucian sang ikan berlumba sang udang ketawa sang belentong berlagu jiwa menunggu hujan menyirami alam

Sungai tempat tumpahan rezeki alirannya selancar biduk berlalu tempat bermandi tempat bersuci

Laut yang setia tetap memukul kepantai
Mengiringi si kecil berkelah menyimpan sejarah

Aerosol giat berpacaran
Menyeru klorofluorokarbon berpesta
Mencetus kesan rumah hijau…
Lori…
Bas…
Kereta…
Motosikal…
Gamaknya berasak-berasak
Meluru destinasi tanpa sedar menghambur asap sengsara…

Wahai MANUSIA yang mulia
Berilah aku kesempatan untuk terus hidup di bumi tuhan
Usah kau ragut kedamaian ini
Usah kau curi kebahagian dunia ini
Usah kau cabuli keutuhan kami
Ingatlah wahai insan…

Dengarlah rintihan alam ini
Dengarlah tangisan sang gajah
Lihatlah ngauman pak belang
Rasalah sengsara cik monyet
Dengarlah!!!

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hambar
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini
kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya
kematangan fikiran
Bila dijiwa kita
masih lagi muda dan mentah
kulihat hijau

Habis sahaja persembahan, kami tidak menyangka akan mendapat tepukan yang gemuruh daripada rakan-rakan yang lain. Terima Kasih semua. Kami agak terkejut apabila "Abang Din" menyatakan bahawa:

Abang Din : Inilah persembahan yang telah menggunakan kesemua aspek komunikasi dalam kehidupan. Jadi markah penuh untuk kamu semua.

Alhamdulillah...Terima kasih "Abang Din" (melonjak keriangan)

Tuesday, February 24, 2009

FeStiVal of Colours of ThE woRld 2009



Tentative Programme

Mek Mulong Workshop
Date : 12th February 2009 / Thursday
Venue : Multi Purpose Hall, UTP
Dress Code : Sport Attire

9.00a.M : Registration
8.00p.M : Arrival Of Participants
8.20p.M : Arrival Of Speaker
8.30p.M : Workshop
10.30p.M : Adjourn

Mek Mulong Workshop
Date : 13th February 2009 / Friday
Venue : Multi Purpose Hall, UTP
Dress Code : Sport Attire

8.30a.M : Arrival Of Participants
8.50a.M : Arrival Of Speaker
9.00a.M : Workshop
10.45a.M : Break
11.00a.M : Workshop
12.30p.M : Lunch & Prayer
2.30p.M : Workshop & Rehearsal

Mek Mulung Show & Closing
Date : 13th February 2009 / Friday
Venue : Multi Purpose Hall, UTP
Dress Code : Casual

8.00p.M : Arrival Of Participants
8.20p.M : Arrival Of Director Of Student Services
8.30p.M : Salutation By Emcee
8.35p.M : Mek Mulung Show From Universities / Colleges
9.30p.M : Credit By Director Student Services
10.00p.M : Adjournment & Refreshment

Fesco Night Rehearsal
Date : 14th February 2009 / Saturday
Venue : Chancellor Hall, UTP

8.00a.M – 12.30p.M
· Universitas Gadjah Mada, Indonesia
· Oberlin Shansi USA
· University Malaysia Sabah
· Kolej Yayasan Sabah
· UCSI University
· ASWARA
· UniKL
· TATiUC
· UNITEN
· Sunway University College
· University Teknologi Petronas

12.30p.M – 5.00p.M
· Kolej TAJ Ipoh
· International Medical University
· Multimedia University
· University Kebangsaan Malaysia
· HELP University College
· UiTM Shah Alam
· Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta
· University Sains Islam Malaysia
· Masterskill University College

Festival Of Colours Of The World 2009
Date : 14th February 2009
Venue : Chancellor Hall, University Teknologi Petronas

8.00p.M : Arrival Of Audience
8.20p.M : Safety Briefing
8.30p.M : Arrival Of Vvip
8.35p.M : Speech By Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin Hj Kassim, Rector UTP
8.40p.M : Token Of Appreciation To Each Universities & Colleges
8.45p.M : Performance By Universities & Colleges

1. ASWARA – Tari Inai
2. University Tenaga Malaysia – Ulik Mayang
3. Universitas Gadjah Mada Indonesia – Golek Alun Alun a Javanese Gamelan Classical Yogjakarta Court Dance
4. International Medical University – Zapin & Inang
5. University Sains Islam Malaysia – Ghazal Party & Zapin Hanuman
6. Kolej Yayasan Sabah – Bamboo Native
7. USCI – Zapin & Asmaradana
8. Sunway University College – Bollywood Dance
9. University Kebangsaan Malaysia – Tari Tualang Tiga
10. HELP University College – Multiracial Dance
11. Oberlin Shansi USA – Drumming Fusion
12. TATiUC Terengganu – Joget Gamelan
13. University Teknologi MARA – Kreasi Gamelan Baru
14. Masterskill University College – Medley Borneo Rhythm
15. Kolej Pembantu Perubatan – Pencak Tari
16. Kolej TAJ Ipoh – Malay & Indian Fusion
17. Multimedia University – Inang Renik & Canggung
18. University Malaysia Sabah – Daling-Daling
19. University Kuala Lumpur – Zapin
20. University Teknologi Petronas – Taman Sari

11.40p.M : Adjournment

Monday, February 9, 2009

"ATAS NAMA KEMANUSIAAN"

Pada 31 JANUARI 2009 yang lalu, aku dan beberapa rakan yang masih tinggal di asrama dijemput ke Majlis Malam Amal “Atas Nama Kemanusiaan” di Panggung Sari Istana Budaya. Malam amal ini diadakan adalah bersempena mengutip dana untuk menyumbang kepada tabung Gaza. Malam ini merupakan suatu malam bagi mengenang keganasan yang berlaku di Gaza Palestin angkara pengeboman yang berlaku di sana.

Di dada akhbar, kaca televisyen, corong radio dan laman internet sentiasa memaparkan cerita-cerita tentang kesan keganasan yang berlaku. Suami entah ke mana. Isteri menangis kesakitan. Ibu dan ayah gugur di medan ciptaan tuhan. Anak-anak meratapi kesengsaraan. Hitam. Suram. Gelap. Muram. Sedih. Marah. Semuanya ada.

Kami bertolak ke Istana Budaya pada jam 7.30 malam. Pergi dengan menaiki bas. Saat aku melangkah kaki menaiki bas, aku mula berfikir. “Mesti tak best konsertnya nanti”. Tapi aku lupakan barang seketika. Aku berbual-bual kosong dengan rakan yang lain sementara menanti untuk sampai ke destinasi yang dituju. Sampai saja ditempat yang dituju, driver bas parking jauh sangat.

Katanya : Kamu semua turun sini, nanti malu sebab sikit sangat orang. Saya tunggu sini. Nanti dah habis kamu semua ke mari ok.

Kami : Hahahahahaha………ok uncle.

Terbahak-bahak kami ketawa mengenangkan 8 orang saja yang pergi sana. Sepatutnya ramai. Tapi nak buat macam mana, yang lain tak balik lagi dari kampung sebab cuti Tahun Baharu Cina. Kami mula melangkah menuju ke dalam bangunan yang serba indah. Kami menanti untuk dipanggil masuk. Kami mula mencari-cari Pak Mus. Biasalah dia yang uruskan semua tu. Kami naik kat tingkat 2. Saat mencari Pak Mus, tiba-tiba kepala dia tertonjol keluar dari pintu sebelah kanan. Kami masuk ke dalam dengan bantuan Pak Mus. Kalau tak memang kena tunggu giliran baru dapat masuk. Almaklumlah ramai yang datang. Saat melangkah, suasana sejuk menyelubungi aku. Mak ai, air-cond kuat sangat. Nasib baik tak beku aku.

Saat aku nak duduk, aku terpandang ke arah tengah pentas. DAHSYAT. Sangat cantik ruang kat tengah pentas. Pencahayaan yang sangat cantik. Kemerah-merahan. Memang bertepatan dengan konsep keganasan dan pertumpahan darah. Aku terpandang kepada perkataan berwarna kuning iaitu ATAS NAMA KEMANUSIAAN. Aku mula fikirkan sesuatu tentang perkataan itu. Haaaaaaaaaaaaaaa……mungkin aku boleh guna perkataan tu sebagai tajuk novel aku…. Tapi Mimi cakap “Tu ciplak namanya Deqwan”. Haah.. betul jugak.

Aku fikirkannya kemudian. Majlis bermula dengan ketibaan YDPA dan isterinya. Yang mempengerusikan majlis malam tu Dato’ Mahathir Lokman. Dato’ tu beb…Aku suka cara dia mengaca sesuatu majlis. Mungkin kelebihan yang ada padanya adalah dia dapat menguasai beberapa bahasa dengan baik. Wow…. Superb. Tibalah part-part ucapan daripada Ment.Kek…dan BTPM…RM. Atoyai…. Memang mengantuk bila dengar ucapan… Tu memang perkara wajib bagi aku. Mengantuk ajelah kerja aku. Wakakakaka.
Ucapan tersusun dengan baik. Walaupun ada ayat-ayat yang tak berapa nak gramatis…. Wah dah macam cikgu BM pulak. Dah jadi THDSBO aje aku ni. Tapi aku mula terfikir sejenak. Betul ke apa yang diucapkan tu. Yang aku nak tergelak besar bila BTPM berucap.. sampai tersasul. “Kecacatama….Ketamadunan”.. Hoi…takkan nak sebut ketamadunan pun susah. Ni lah orang Melayu, bila disuruh berbahasa mulalah speaking. Hish. Memang dah sah-sah lah teks tu bukan diorang yang buat. Aku pun tak fahamlah kenapa orang vvip ni suka sangat suruh buat orang lain buatkan teks tu. Baik orang yang buat tu je jadi Ment. Kan senang.

Lupakan tu semua. Malam tu pun ada tayangan video, kesan daripada pengeboman yang berlaku di Gaza. Dahsyat. Berdebu. Punah-ranah. Ranap. Rebah. Runtuh. Aku ni As Usual akan mengalirkan airmata bila ada je menda-menda sedih jadi depan mata aku….. kesensitifan tu yang penting. Apalah agaknya yang dilakukan mereka sekarang. MasyaAllah.

Saat yang ditunggu-tunggu aku dan juga hadirin yang lain. Tak lain tak bukan ler…artist show.

Siti Nurhaliza menyampaikan “Suara Sepi” kepada dunia yang tak siapa mendengari. Diteruskan dengan “Ziarah” nyanyian Ramli Sarip untuk melihat derita sengsara dan disambut “Imagine” Jaclyn Victor membayangkan derita dan keperitan. Raihan tampil mendendangkan “Untukmu Palestin” yang dicengkam sengsara. Bersambung dengan Dithyrambic merintih tentang “Tanahair Yang Jauh” disambung oleh Aiman tentang “Dusta Berkalang”. Misha Omar mengalunkan “Hitam Putuh Kehidupan” untuk merenung erti kehidupan. Hanya “Allah Habibi” tempat insan menyerahkan diri dendangan Mawi.

Lepas tu, tak sangka pulak ada monodrama. Lakonan Umie Aida dan Sharonizam. Memang mantap. Tambahan dengan lakonan, kanak-kanak yang memang harus dipuji dengan keberanian mereka yang mampu menegendalikan diri di hadapan ribuan penonton nyang membanjiri segenap ruang panggung. Mantap. Superb. Sangat menyentuh hati. Menonjolkan rasa kebencian terhadap apa yang berlaku di Gaza…tanah berdarah. Bilalah bumi Gaza akan aman tanpa undangan besi berisi adunan kimia yang membahayakan. Tak patut dibiarkan

Persembahan artis-artis memang mantap. Tapi satu je yang hampeh. Mawi. Aku perasan yang dia lupa lirik. So nak adlib tak boleh. Hahahahahahahah. Wakakakakakakaka. Huhuhuhuhu…

Jaclyn Victor memang aku suka. Nak-nak kalau dia tarik suara and microphone tu atas kepala dia. Suara ada kat semua badan dia. Wow!!! Ramli Sarip…memang mantap. Papa Rock..yeah. Memperjuangkan lagu-lagu berbentuk puisi. Low profile orangnya. Banyak kali aku jumpa sebelum ni. Raihan…walau tiada lagi anggota kumpulan yang lama. Masih mampu bertahan hingga ke hari ini. Memang aku suka cara dan nyanyian mereka. Aiman…artis baru. Aku just suka lagu dia je. Aku memang tak suka sangat dia. Berlagak sangat. Ingat bagus. Depan YDPA pun tak nak tunduk hormat. Dah habis nyanyi baru buat. Apa punya artis pun tak taulah. Misha Omar macam biasa… still menyengat. Masih dengan attitude angkat kaki sebelah. Hentak kaki jangan samapi roboh pentas tau. Dithyrambic…unik. Tu yang aku boleh katakan. Koir yang diselitkan elemen lakonan. Tak pernah terfikir aku untuk menyampaikan persembahan sebegini rupa. Yang PALING AKU SUKA, biasalah artis pujaan. Dato’ Siti Nurhaliza. Persembahan pembukaan yang mantap. Lain daripada yang lain. Tak pernah orang lain buat. Dengan imej bertudung. Siapa kata artis bertudung kurang menyengat. Lihat saja persembahan beliau. FANTASTIC. SUPERDUPER POWERFUL SINGER. Go CT go. Lagu yang CT nyanyi memang penuh dengan makna yang tersembunyi. Terima kasih Johari Teh atas gubahan lagu tersebut. Salam Palestin buat Habsah Hassan kerana mencipta lirik yang sebegini rupa penuh dengan makna yang tersendiri.

SUARA SEPI

Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Suara dunia menzahirkan bantahan
Tiada sedikitpun member kesan

Jiwa bersarang dendam kebencian
Tiada lagi istilah kemanusiaan
Mereka punya hati tak punya rasa
Telinga telah tuli mata telah buta

C/O
Ada tangisan tak siapa mendengari
Suara itu kian lama kian menyepi
Terkulai anak dari pelukan ibu
Darah masih panas tubuh terbujur kaku

Tiada kedengaran kicauan burung
Bumi kemerahan langit semakin mendung
Mereka yang malang di daerah anbia
Azab sengsara kehilangan upaya

CIPTAAN : JOHARI TEH
LIRIK : HABSAH HASSAN
ARTIS : DATO’ SITI NURHALIZA

Sampailah masa untuk penyampaian cek oleh para dermawan. Gempak betul nilai RINGGIT MALAYSIA yang dipaparkan di atas permukaan cek. Ada paling kecil…RM100000. Dan yang paling besar RM1500000. Banyak tu. Kalau akulah yang dapat duit tu, macam-macam yang aku boleh beli. Tapi sejenak aku terpandang semula ke arah tulisan kuning “ATAS NAMA KEMANUSIAAN”. Mulalah aku fikir yang bukan-bukan. Betul ke para dermawan ni menderma secara ikhlas. Atau hanya sekadar nak dapat nama. Yang aku pelik sampai sekarang, time ada perang kat sempadan teluk sana mula sibuk nak menderma. Tapi time masyarakat sendiri ada masalah dan serba kekurangan, tak nak pulak tolong. Time Bersamamu buat liputan barulah nak tunjuk muka. Inikah yang dinamakan DERMAWAN? Ni lah manusia zaman sekarang. Bukan tak boleh nak tolong masyarakat kat Gaza tu. tapi beringat. Memanglah dalam Al-Quran ada mengatakan yang kita kena bantu-membantu dan tolong menolong mereka yang dalam kesusahan. Tapi kalau nak bantu tu suka sangat memilih orang yang nak ditolong. Hish…pelik. Kalau ikhlaslah takdenya diorang memilih. Wahai manusia yang nak menderma selepas ni, janganlah fikir nak dapat nama je. Mendermalah dengan ikhlas.

Pukul 10.00 bertolak balik ASWARA.

RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAH….

Friday, February 6, 2009

RAGAMNYA

Pinjaman memerupakan perkataan yang berasal dari perkataan pinjam yang didefinisikan sebagai memberi sesuatu untuk dipinjamkan bagi tempoh sementara waktu dengan janji akan dikembalikan apabila tempoh pinjaman berakhir. Apabila berbicara tentang pinjaman, ramai yang akan mentafsir situasi ini dengan panjang lebarnya. Ada yang mula berbicara dibelakang. Ada yang bertekak. Ada yang bermuram durja. Ada yang terbahak-bahak ketawa. Ada yang tersenyum sampai ke telinga. Ada juga yang geram. Entahlah….memang hal ini penuh dengan seribu satu persoalan.

Hal ini turut berlaku di tempat aku mengabdikan diri demi menuntut ilmu. Bila dibangkitkan saja soal “pinjaman”, rakan-rakan seangkatan mula membebel termasuk diri aku sendiri. Almaklum sajalah, semua itu adalah keperluan kami di sini. Kami perlukan pinjaman untuk membayar yuran, beli buku, menyiapkan tugasan/assignment, beli barang keperluan harian, makan dan minum serta pelbagai barangan lain.

Persoalannya sekarang, bila akan kami peroleh pinjaman itu? Soalan ini sering bermain di benak fikiran aku, sampai terasa ingin pengsan atau maksud wad. Tapi masih tidak diketahui status pinjaman ini. Sudah masuk semester kedua….masih tak dapat-dapat lagi. Kami perlukan pinjaman sekarang. Aku tak nak susahkan mak bapak aku lagi. Asyik-asyik minta duit. Ada pada satu malam aku cuba menelefon mak aku untuk meminta sesuatu. Tapi hati aku mendesak untuk aku meminta darinya. Aku cuba untuk menghalang langkah aku agar tidak bergerak sejauh itu. Namun aku tewas dengan desakan hati. Akhirnya aku menelefon mak dengan keadaan yang tidak selesa. Aku mulakan perbualan:

AKU : Assalamualaikum, Mak buat apa? Mak sihat?

MAK : Sihat. Tengah tengok tv. Ada apa telefon.

AKU : Saja telefon. Bosan pulak duduk sorang-sorang kat asrama. Lagipun budak-budak bilik tak balik lagi dari kampung diorang.

MAK : Sapa yang suruh balik awal-awal. Kan dah bosan.

AKU : Banyak kerja yang tak settle lagi. Nak siapkan cepat. Malas nak lambat-lambat.

Aku terdiam sekejap. Aku fikirkan sama ada patut atau tidak aku berterus-terang dengan mak aku. Rasa sedih mula menyelubungi diri aku. Tak tahu kenapa.

AKU : Mak, aku dah tak ada duit. Nak minta duit. Nak beli barang. Tadi aku pergi “riki-riki” kat tempat biasa harganya mahal.

Untuk kesekian kalinya dalam hidup, aku terpaksa berbohong dengan mak aku sendiri. Aku bukan sengaja nak bohong atau tipu mak aku demi kepentingan aku sendiri. Ketika itu aku memang dah tak ada duit langsung dalam simpanan.

MAK : Duit hari tu yang abah bagi dah habis ke?

AKU : Ada tu ada, tapi buat tambah-tambah takut tak cukup nanti. Dahlah barang kat sini mahal.

MAK : Nanti mak bagi tahu abah suruh masukkan duit. Nak berapa?

AKU : Suka hati. Masukkan je berapa pun.

MAK : Ada apa-apa lagi tak?

AKU : Tak ada kot. Ok lah mak, aku nak pergi makan ni. Dari pagi tak makan. Cuma makan roti je.

Aku cuba mengelak dari menelefon lama-lama. Sebab aku tak dapat tahan sebak di dada.

MAK : Ha….dompet simpan elok-elok. Laptopnya sekali. Mahal tu. tak habis bayar lagi. Belajar elok-elok.

AKU : InsyaAllah. Terima kasih. Kirim salam semua. Bye Mak. Assalamualaikum.

MAK : Bye Waalaikumsalam.

Sebaik saja selesai perbualan , jernih butir air mengalir keluar dari kelopak mata aku. Aku menangis. Aku sedih. aku tak dapat tahan kesedihan aku ni. TERIMA KASIH.

Kisah ini membuat aku bertambah geram dengan pihak pengurusan tempat aku belajar. Aku pun memang geram dengan REKTOR tempat aku belajar. Dialah kepala dalam tempat ini. Sepatutnya dia ambil tahu tentang kebajikan pelajar. Tapi dia buat tak tahu macamlah kat tempat ni tak ada pelajar. Dia Cuma nak tempat ni gah saja. Kementerian dah bagi peruntukkan, tapi dia bazirkan duit tu untuk perkara-perkara yang tak penting. Apa semua ni. Kalau nak bicang pasal cinta memang cepat je. Tak sedar betul orang tua ni. Asal cinta muka dia je yang nak enterframe.

Bila ditanya: Dato’ bila pinjaman kami akan dapat?

Jawabnya : Awak semua belum dapat ke? Saya ingat dah dapat. Nanti saya akan selesaikan.

Kalaulah kami ni anak PM, anak TPM, anak Sultan tak apalah juga. Senang je nak mintak duit. Kalaulah duit tu kami jumpa tersepak tak payahlah nak mintak-mintak dengan mak bapak. Kami ni bukan datang dari keluarga senang. Kalau ada pun berapa ketul je.

Jangan sampai orang lain tengok semuanya dalam keadaan baik. Tapi “dalamannya” hampeh. … memang betul lah kata THDSBM dia memang tolol. Lepas tu pihak pengurusan pulak lembab. Tak efisien langsung. Apa yang dibuat aku pun tak tahu. Makan gaji buta agaknya. Makan tidur. Makan tidur.

Aku pun makan tidur-makan tidur. Tapi kerja-kerja aku beres jugak. Yang ada tu sibuk mengayat anak dara orang. Nak mintak itulah….inilah. Siap nak ajak “MAIN” lagi. Dah gersang sangat agaknya. Potong bagi anjing makan baru tahu. Aku pun laki juga. Tapi tak adalah sampai nak kerjakan anak dara orang. Hishhh… tak paham betul aku. Kalau sampai ajak kahwin, beranak pinak dan hidup bahagia tak apalah. Ni just nak buat geli-geli. Hei…gunalah otak sikit. Pantang tengok dara nak disambar je… ingatlah anak bini oiiiiiiiiiiii…..

Ha lagi yang aku geram….pasal anjing. Dah buat laporan tapi tak ada tindakan langsung. Atoyaiii….

Bila ditanya : PM anjing kat padang…tak nak suruh mana-mana pihak tangkap ke?

Jawabnya : Itu bukan bawah tanggungjawab saya. Itu dah luar kawasan kolej. Dan luar tanggungjawab saya.

Bila dijelas : Anjing-anjing tu sampai kejar kitorang….nasib baik tak gigit. Dah lah ganas.

Dijawab : Pandai-pandailah awak nak hidup. Gunalah apa-apa nak halau anjing-anjing tu.

Woi bughik hang….. bukan tanggungjawab ko ke ha…. Pala otak ko… nenek ko tak hajo ke? Kalau sampai mati anak oghang ko nak diam je? Gunalah otak sikit. Kalau aku ni anak ko tak pelah……kalau ko boleh klonkan aku tak apa!!!!!!. Yang itu aku sabar je.

Ni lagi satu….entah man undang-undang dia (PM) pakai pun aku tak taulah.. asal ada salah je nak denda… saham kononnya. Bughik hang lagi sekali…..dalam buku peraturan tatatertib am pelajar or asrama or whatever lah tak ada pun tulis pasal menda-menda ni semua setakat baju salah sidai…tu pun nak kena bayar jugak…. Aku pun tak paham… dia yang nak duit tu atau apa. ARGHHHHHH…… MEMANG BUGHIK BETUL ORANG TUA NI.

Yang ni memang aku bengang. Ada satu hari tu aku kuar pegi makan kat tebing dalam pukul 9.30PM. pastu kitorang jalan-jalan….. And kitorang sampai kat betul-betul pintu pagar depan jam 11.00PM. Tapi pintu pagar dah tutup. Aku mintak guard bukak pintu…hai tak nak bukak. Aku cakap elok-elok…pastu baru nak bukak… kena tahan jap kat depan….tanya soalan….

Guard : Apasal lambat masuk.

Jawab : kitorang pegi makan. Ramai orang yang order.

Guard : korang tau tak dah pukul berapa ni?

Jawab : pukul 11

Guard : sekarang dah pukul 12.

Jawab : hei….salah tengok jam ke….

Guard : lain kali tolong cepat sikit.

Aku dah mendidih je kat depan tu tapi aku diam sebelum aku shoot dia balik. Terpaksalah aku dengar bebelan dia. Almaklumlah orang indon jd KP. Makin menggelegak aku. Kawan aku dah takut. Sebab takut kena amik nama.

Aku dah geram ni…….

Aku jawab : abang buta ke…. Sekarang baru pukul 11…. Tengoklah jam tu elok-elok sikit. Ingat kami ni tak tau tengok masa ke? Kalau kami tak sekolah memanglah tak tau tgk jam. Sekarang baru pukul 11. Kitorang pergi makan bukannya pegi melacur macam ape yang abg buat kat atas tu. jangan nak buat saya naik hangin kat sini. Kalau lah syarikat yang abg bekerja tu tak amik abg bekerja takkan dapat punya abg jadi KP macam sekarang ni. Ingat sikit. Kalau dah pendatang tu buat cara pendatang. Jangan nak tunjuk lagak kat sini. Saya tau saya lebih muda dari abang. Saya akan hilang rasa hormat bila orang buat benda tak betul kat depan saya. Sebelum abg mintak saya hormat pada abg. Hormat kitorang dulu. Saya boleh lapor kat PM apa yang abg buat kat tingkat atas tu. jangan ingat saya tak tau eh. Kalau ikutkan hati nak je saya sebarkan bukti tu. jangan kerana dah jadi KP nak berlagak. Memang dah lama saya bersabar dengan abg.

Lepas abis je aku membebel. Lega pulak. Tak sangka pulak aku marah KP….memang patut pun kena sejibik dengan aku. Kawan-kawan aku terkejut. Tak sangka pulak aku jadi macam tu. baru diorang tahu langit tu tinggi ke rendah. BENGANG AKU!!!!!!!!!!!!!!!!
DEQ-1 gosong © 2008 Template by:
SkinCorner