Wednesday, June 10, 2009

Airmata di Kuala Lumpur

Aku rasa macam dah tak guna aku duk lagi kat kl ni. Aku dah banyak susahkan keluarga aku. Aku sentiasa mintak dari mereka. Aku dah tak sanggup nak mintak2 lagi. tapi keadaan memaksa aku untuk terus meminta. bukan untuk kesenangan aku. tapi untuk keperluan aku.

Tadi aku tepon mak tanya pasal duit. Aku memang dah takde duit. betul2 takde duit. duit2 aku bukan aku abiskan untuk berjoli. tapi untuk makan, tambang Lrt dan sebagainya. kadang2 aku tak makan pun sebab nak berjimat.

"Asslkm, mak buat aper?"

"Tengok tv"

"Sorang je ker?"

"Haah"

"Abg dengan abah mana?"

"Keluor"

"Owh"

"Ada aper tepon"

"Sajer je. Ni pun baru balik. Dah nak sampai umah"

"Dengan sapa?"

"Sorang je. Yang lain dah balik. Tadi ada show tlg budak2 ni"

Aku terdiam sebab tak sanggup nak cakap.

"Mak , dah cakap dengan abah pasal duit?"

"Dah, duit tengah takder. Nak korek mana?"

Aku tersentap. Bukan sebab tak dapat duit. Aku sedih sebab kerana aku duit abah dah abis dalam bank. Kerana aku jugak, abah terpaksa pinjam dengan orang. Aku dah menyusahkan abah dengan mak.

Mak, Abah...adik mintak maap sebab dah susahkan mak dengan abah.

Maafkan adik...

Maafkan adik...........

DEQ-1 gosong © 2008 Template by:
SkinCorner