Monday, February 9, 2009

"ATAS NAMA KEMANUSIAAN"

Pada 31 JANUARI 2009 yang lalu, aku dan beberapa rakan yang masih tinggal di asrama dijemput ke Majlis Malam Amal “Atas Nama Kemanusiaan” di Panggung Sari Istana Budaya. Malam amal ini diadakan adalah bersempena mengutip dana untuk menyumbang kepada tabung Gaza. Malam ini merupakan suatu malam bagi mengenang keganasan yang berlaku di Gaza Palestin angkara pengeboman yang berlaku di sana.

Di dada akhbar, kaca televisyen, corong radio dan laman internet sentiasa memaparkan cerita-cerita tentang kesan keganasan yang berlaku. Suami entah ke mana. Isteri menangis kesakitan. Ibu dan ayah gugur di medan ciptaan tuhan. Anak-anak meratapi kesengsaraan. Hitam. Suram. Gelap. Muram. Sedih. Marah. Semuanya ada.

Kami bertolak ke Istana Budaya pada jam 7.30 malam. Pergi dengan menaiki bas. Saat aku melangkah kaki menaiki bas, aku mula berfikir. “Mesti tak best konsertnya nanti”. Tapi aku lupakan barang seketika. Aku berbual-bual kosong dengan rakan yang lain sementara menanti untuk sampai ke destinasi yang dituju. Sampai saja ditempat yang dituju, driver bas parking jauh sangat.

Katanya : Kamu semua turun sini, nanti malu sebab sikit sangat orang. Saya tunggu sini. Nanti dah habis kamu semua ke mari ok.

Kami : Hahahahahaha………ok uncle.

Terbahak-bahak kami ketawa mengenangkan 8 orang saja yang pergi sana. Sepatutnya ramai. Tapi nak buat macam mana, yang lain tak balik lagi dari kampung sebab cuti Tahun Baharu Cina. Kami mula melangkah menuju ke dalam bangunan yang serba indah. Kami menanti untuk dipanggil masuk. Kami mula mencari-cari Pak Mus. Biasalah dia yang uruskan semua tu. Kami naik kat tingkat 2. Saat mencari Pak Mus, tiba-tiba kepala dia tertonjol keluar dari pintu sebelah kanan. Kami masuk ke dalam dengan bantuan Pak Mus. Kalau tak memang kena tunggu giliran baru dapat masuk. Almaklumlah ramai yang datang. Saat melangkah, suasana sejuk menyelubungi aku. Mak ai, air-cond kuat sangat. Nasib baik tak beku aku.

Saat aku nak duduk, aku terpandang ke arah tengah pentas. DAHSYAT. Sangat cantik ruang kat tengah pentas. Pencahayaan yang sangat cantik. Kemerah-merahan. Memang bertepatan dengan konsep keganasan dan pertumpahan darah. Aku terpandang kepada perkataan berwarna kuning iaitu ATAS NAMA KEMANUSIAAN. Aku mula fikirkan sesuatu tentang perkataan itu. Haaaaaaaaaaaaaaa……mungkin aku boleh guna perkataan tu sebagai tajuk novel aku…. Tapi Mimi cakap “Tu ciplak namanya Deqwan”. Haah.. betul jugak.

Aku fikirkannya kemudian. Majlis bermula dengan ketibaan YDPA dan isterinya. Yang mempengerusikan majlis malam tu Dato’ Mahathir Lokman. Dato’ tu beb…Aku suka cara dia mengaca sesuatu majlis. Mungkin kelebihan yang ada padanya adalah dia dapat menguasai beberapa bahasa dengan baik. Wow…. Superb. Tibalah part-part ucapan daripada Ment.Kek…dan BTPM…RM. Atoyai…. Memang mengantuk bila dengar ucapan… Tu memang perkara wajib bagi aku. Mengantuk ajelah kerja aku. Wakakakaka.
Ucapan tersusun dengan baik. Walaupun ada ayat-ayat yang tak berapa nak gramatis…. Wah dah macam cikgu BM pulak. Dah jadi THDSBO aje aku ni. Tapi aku mula terfikir sejenak. Betul ke apa yang diucapkan tu. Yang aku nak tergelak besar bila BTPM berucap.. sampai tersasul. “Kecacatama….Ketamadunan”.. Hoi…takkan nak sebut ketamadunan pun susah. Ni lah orang Melayu, bila disuruh berbahasa mulalah speaking. Hish. Memang dah sah-sah lah teks tu bukan diorang yang buat. Aku pun tak fahamlah kenapa orang vvip ni suka sangat suruh buat orang lain buatkan teks tu. Baik orang yang buat tu je jadi Ment. Kan senang.

Lupakan tu semua. Malam tu pun ada tayangan video, kesan daripada pengeboman yang berlaku di Gaza. Dahsyat. Berdebu. Punah-ranah. Ranap. Rebah. Runtuh. Aku ni As Usual akan mengalirkan airmata bila ada je menda-menda sedih jadi depan mata aku….. kesensitifan tu yang penting. Apalah agaknya yang dilakukan mereka sekarang. MasyaAllah.

Saat yang ditunggu-tunggu aku dan juga hadirin yang lain. Tak lain tak bukan ler…artist show.

Siti Nurhaliza menyampaikan “Suara Sepi” kepada dunia yang tak siapa mendengari. Diteruskan dengan “Ziarah” nyanyian Ramli Sarip untuk melihat derita sengsara dan disambut “Imagine” Jaclyn Victor membayangkan derita dan keperitan. Raihan tampil mendendangkan “Untukmu Palestin” yang dicengkam sengsara. Bersambung dengan Dithyrambic merintih tentang “Tanahair Yang Jauh” disambung oleh Aiman tentang “Dusta Berkalang”. Misha Omar mengalunkan “Hitam Putuh Kehidupan” untuk merenung erti kehidupan. Hanya “Allah Habibi” tempat insan menyerahkan diri dendangan Mawi.

Lepas tu, tak sangka pulak ada monodrama. Lakonan Umie Aida dan Sharonizam. Memang mantap. Tambahan dengan lakonan, kanak-kanak yang memang harus dipuji dengan keberanian mereka yang mampu menegendalikan diri di hadapan ribuan penonton nyang membanjiri segenap ruang panggung. Mantap. Superb. Sangat menyentuh hati. Menonjolkan rasa kebencian terhadap apa yang berlaku di Gaza…tanah berdarah. Bilalah bumi Gaza akan aman tanpa undangan besi berisi adunan kimia yang membahayakan. Tak patut dibiarkan

Persembahan artis-artis memang mantap. Tapi satu je yang hampeh. Mawi. Aku perasan yang dia lupa lirik. So nak adlib tak boleh. Hahahahahahahah. Wakakakakakakaka. Huhuhuhuhu…

Jaclyn Victor memang aku suka. Nak-nak kalau dia tarik suara and microphone tu atas kepala dia. Suara ada kat semua badan dia. Wow!!! Ramli Sarip…memang mantap. Papa Rock..yeah. Memperjuangkan lagu-lagu berbentuk puisi. Low profile orangnya. Banyak kali aku jumpa sebelum ni. Raihan…walau tiada lagi anggota kumpulan yang lama. Masih mampu bertahan hingga ke hari ini. Memang aku suka cara dan nyanyian mereka. Aiman…artis baru. Aku just suka lagu dia je. Aku memang tak suka sangat dia. Berlagak sangat. Ingat bagus. Depan YDPA pun tak nak tunduk hormat. Dah habis nyanyi baru buat. Apa punya artis pun tak taulah. Misha Omar macam biasa… still menyengat. Masih dengan attitude angkat kaki sebelah. Hentak kaki jangan samapi roboh pentas tau. Dithyrambic…unik. Tu yang aku boleh katakan. Koir yang diselitkan elemen lakonan. Tak pernah terfikir aku untuk menyampaikan persembahan sebegini rupa. Yang PALING AKU SUKA, biasalah artis pujaan. Dato’ Siti Nurhaliza. Persembahan pembukaan yang mantap. Lain daripada yang lain. Tak pernah orang lain buat. Dengan imej bertudung. Siapa kata artis bertudung kurang menyengat. Lihat saja persembahan beliau. FANTASTIC. SUPERDUPER POWERFUL SINGER. Go CT go. Lagu yang CT nyanyi memang penuh dengan makna yang tersembunyi. Terima kasih Johari Teh atas gubahan lagu tersebut. Salam Palestin buat Habsah Hassan kerana mencipta lirik yang sebegini rupa penuh dengan makna yang tersendiri.

SUARA SEPI

Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Suara dunia menzahirkan bantahan
Tiada sedikitpun member kesan

Jiwa bersarang dendam kebencian
Tiada lagi istilah kemanusiaan
Mereka punya hati tak punya rasa
Telinga telah tuli mata telah buta

C/O
Ada tangisan tak siapa mendengari
Suara itu kian lama kian menyepi
Terkulai anak dari pelukan ibu
Darah masih panas tubuh terbujur kaku

Tiada kedengaran kicauan burung
Bumi kemerahan langit semakin mendung
Mereka yang malang di daerah anbia
Azab sengsara kehilangan upaya

CIPTAAN : JOHARI TEH
LIRIK : HABSAH HASSAN
ARTIS : DATO’ SITI NURHALIZA

Sampailah masa untuk penyampaian cek oleh para dermawan. Gempak betul nilai RINGGIT MALAYSIA yang dipaparkan di atas permukaan cek. Ada paling kecil…RM100000. Dan yang paling besar RM1500000. Banyak tu. Kalau akulah yang dapat duit tu, macam-macam yang aku boleh beli. Tapi sejenak aku terpandang semula ke arah tulisan kuning “ATAS NAMA KEMANUSIAAN”. Mulalah aku fikir yang bukan-bukan. Betul ke para dermawan ni menderma secara ikhlas. Atau hanya sekadar nak dapat nama. Yang aku pelik sampai sekarang, time ada perang kat sempadan teluk sana mula sibuk nak menderma. Tapi time masyarakat sendiri ada masalah dan serba kekurangan, tak nak pulak tolong. Time Bersamamu buat liputan barulah nak tunjuk muka. Inikah yang dinamakan DERMAWAN? Ni lah manusia zaman sekarang. Bukan tak boleh nak tolong masyarakat kat Gaza tu. tapi beringat. Memanglah dalam Al-Quran ada mengatakan yang kita kena bantu-membantu dan tolong menolong mereka yang dalam kesusahan. Tapi kalau nak bantu tu suka sangat memilih orang yang nak ditolong. Hish…pelik. Kalau ikhlaslah takdenya diorang memilih. Wahai manusia yang nak menderma selepas ni, janganlah fikir nak dapat nama je. Mendermalah dengan ikhlas.

Pukul 10.00 bertolak balik ASWARA.

RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAH….
DEQ-1 gosong © 2008 Template by:
SkinCorner