Thursday, June 19, 2008

"NASIB ohhhhhhhh NASIB"



Hari ini saya berkesempatan untuk ke cyber café di Pekan Parit Yusuf yang merupakan tempat yang kerap saya kunjungi untuk melayari internet. Biasalah bagi saya kerana dirumah tiada talian internet. Dan di situlah saya kerap berkunjung. Tujuan saya ke sana adalah untuk menyemak keputusan kemasukan ke universiti bagi sesi 2008/2009 di mana kemasukan pelajarnya adalah pada hujung bulan ini. Seperti orang lain juga, saya berasa takut untuk melihat keputusan itu. Almaklumlah ramai lagi yang bersaing untuk mendapatkan tempat di setiap universiti yang di minta.

Seperti kebiasaannya saya memilih PC 4 kerana internet bagi PC itu laju. Saya mula klik pada ikon Internet Explorer lalu menaip laman web kementerian pengajian tinggi. Selepas itu saya klik pada semakan keputusan kemasukan ke IPTA sesi 2008/2009 bagi kategori lepasan STPM dan setaraf. Hati saya semakin berdebar-debar untuk menyaksikan keputusan itu. Saya menjadi takut untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan juga angka giliran peperiksaan. Namun begitu saya tetap memberanikan diri untuk memasukkannya. Sesaat butang “ENTER” di tekan saya menutup mata kerana takut untuk melihat keputusan yang bakal saya terima. Alangkah kecewanya saya sebaik mata dibuka, permohonan saya tidak diterima. “ DUKACITA dimaklumkan anda tidak berjaya ditawarkan ke IPTA sila rujuk pada e-Rayuan……..”.

Rasa sedih turut menyelubungi jiwa saya. Harapan untuk belajar di universiti berkecai sudah. Apa lagi yang boleh dibuat. Dah nasib badan. Sejenak saya mula berfikir “adakah saya tak layak nak masuk ke universiti. Atau keputusan saya ketika STPM dulu tak melayakkan saya untuk masuk. Atau ………………………”. Tapi tak mungkin…..

Sebaik melihat rakan yang lain menyemak keputusan mereka saya mula teringat sesuatu. Adakah ketika proses temuduga program





IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK (TEATER) di UiTM Kampus Puncak Perdana tempoh hari saya tak lakukan dengan baik? Atau penemuduga sengaja menggagalkan saya? Atau mereka lihat saya tidak berbakat? Atau sijil-sijil yang saya tunjukkan kepada mereka tidak diterima? Atau mereka lihat saya ni tak layak? Tak mungkin. Tapi apa yang menggagalkan saya ya?

Biarlah itu menjadi sejarah bagi saya. Pasti ada jalan lain yang bakal terbentang luas dihadapan saya. Kita hanya merancang tuhan yang tentukan. Takdir dah ditentukan.
DEQ-1 gosong © 2008 Template by:
SkinCorner