- Suara atau vokal yang jelas.
- Bahasa tubuh.
- Bunyian.
- Keyakinan.
Jadi kami telah memilih secara sebulat suara untuk mempersembahkan sebuah DEKON dengan diselitkan unsur PENTOMIN. Kemudian kami telah memilih isu ALAM SEKITAR sebagai nadi dan tunjang kepada persembahan kami ini. Oleh hal yang demikian, saya telah dipertanggungjawab oleh saudari Fiqa, untuk mencipta puisi.
Selepas sesi perbincangan tamat, saya bingkas mengemas beg dan buku lalu bangkit pulang menuju ke hostel untuk menyiapkan puisi ini. Penat juga memikirkan idea-idea yang perlu diselitkan dalam puisi ini. Saya menggunakan pengalaman dalam bidang penulisan sebelum ini untuk mendapatkan puisi yang terbaik. Saya telah memilih tajuk "RINTIHAN SANG JAGAT". Saya memilih tajuk ini adalah kerana ingin mengetahui bahawa sikap manusia yang tidak berperikemanusian serta tidak bertanggungjawab mengakibatkan alam merintih dalam menghadapi kesengsaraan. Kami menjalankan latihan sebaik mungkin. Kami turut memikirkan pergerakan yang perlu dilakukan bagi mengiringi puisi yang telah dicipta.
Tiba sahaja waktu persembahan, kami berharap yang terbaik. Sekiranya berlaku yang tidak diingini "The show must go on".
RINTIHAN SANG JAGAT
Tidak!!!
Tidak, Tidak!!!
Tidak!!!
Tidak…!!!
"Aku haus…
Tolong…
Mengapa dihukum begini
Wahai “MANUSIA”?
“Tebang lagi…
Tebang banyak-banyak…
Tarah lagi…
Korek dalam-dalam…
Hahahahaha…..”
“Kita nak buang di mana tuan?
Campak saja dalam sungai itu.
Tapi, nanti kita kena tangkap?
Aku bos atau kau bos?
Aku cakap buang, buang sajalah…
Baik tuan…”
Kehijauan menghias wajah semesta menyejuk mata,
tenang jiwa setenang-tenang air terjun berlagu riang seriang-riang unggas di belantara
Langit terhampar
gunung menerjah awan tempat raja rimba bertapa tempat beburung berpesta tempat monyet berkeluarga
Tasik cerminan wajah kesucian sang ikan berlumba sang udang ketawa sang belentong berlagu jiwa menunggu hujan menyirami alam
Sungai tempat tumpahan rezeki alirannya selancar biduk berlalu tempat bermandi tempat bersuci
Laut yang setia tetap memukul kepantai
Mengiringi si kecil berkelah menyimpan sejarah
Aerosol giat berpacaran
Menyeru klorofluorokarbon berpesta
Mencetus kesan rumah hijau…
Lori…
Bas…
Kereta…
Motosikal…
Gamaknya berasak-berasak
Meluru destinasi tanpa sedar menghambur asap sengsara…
Wahai MANUSIA yang mulia
Berilah aku kesempatan untuk terus hidup di bumi tuhan
Usah kau ragut kedamaian ini
Usah kau curi kebahagian dunia ini
Usah kau cabuli keutuhan kami
Ingatlah wahai insan…
Dengarlah rintihan alam ini
Dengarlah tangisan sang gajah
Lihatlah ngauman pak belang
Rasalah sengsara cik monyet
Dengarlah!!!
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hambar
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini
kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya
kematangan fikiran
Bila dijiwa kita
masih lagi muda dan mentah
kulihat hijau
Habis sahaja persembahan, kami tidak menyangka akan mendapat tepukan yang gemuruh daripada rakan-rakan yang lain. Terima Kasih semua. Kami agak terkejut apabila "Abang Din" menyatakan bahawa:
Abang Din : Inilah persembahan yang telah menggunakan kesemua aspek komunikasi dalam kehidupan. Jadi markah penuh untuk kamu semua.
Alhamdulillah...Terima kasih "Abang Din" (melonjak keriangan)
1 comments:
hahaharrr...akak nak tergelak tengok gambar baru kau kat atas tu...cantik gambar kau tu dan baik kau tukar sebab nanti kena curi hehe.Rintihan Sang Jagat,puisi yang bagus.Tahniah untuk kau and team kau !
Terima kasih diatas komen kamu di blog akak.Moga Allah sertai kita.Amin...
Post a Comment