Puisi ini telah saya hasilkan ketika berada di dalam bas ekspress Maharani. Sewaktu itu saya ingin pulang ke kampung di Muar. Ketika di Puduraya ilham untuk menghasilkan puisi ini tercetus lalu saya jelmakannya di atas kertas.
Meniti tangga-tangga batu
Lalu melempar senyum pada
Si jaga tua yang
Tersengguk-sengguk
Mendakap walker talkernya
Meninggalkan hostel jingga
Berlalu mengharungi
Padang Merbok nan luas terbentang
Melirik liar anak mata
Ke segenap halaman
Terjengket menapak perlahan
Tanpa senjata digenggaman
Takut-takut Si taring hitam
Datang menerjah lalu menerkam
Segera berjalan
Di kaki lima
Menuju terowong di tengah kota
Meluru ke stesen penghubung
Antara dua benua berbeza
Hati cemas mencengkam
Tatkala diri keseorangan
Tanpa kawan sebagai peneman
Membiarkan semangat keberanian menyelubungi diri
Lalu masuk ke pintu menuju
Tempat penantian di platform ketujuh
Sesak-sesesaknya di naungan Puduraya
Manusia-manusia bertamu dan bertandang dari
Mana-mana
Tiket menjadi buruan
Tak kurang juga dengan
Jeruk dan buah-buahan
Aneka minuman berperisa menjadi penghilang dahaga
Topup Maxis tidak terkira
Ke mana-mana Digi dicari
Mencari-cari hingga tiba di wilayah Celcom
Dahsyat!
Johor Bahru, Johor Bahru!
Tampin!
Larkin!
Aduh, bingitnya!
Memeritkan telinga
Muar, Muar!
Melaka
Perak
Pahang, Pahang!
Mari, mari…
“Adik nak pergi mana?”
Diri tertawa melihat
Si kutu-kutu dinaungan Puduraya
Memanggil-manggil
Berteriak
Bertempik
Memburu mangsa
Menyasarkan tiket-tiket “palsu”
Pada tamu yang berkunjung
Ekspress Maharani @ Puduraya
4.00 p.m / 6 Mac 2009
2 comments:
Dek,
mereka tu bukan sahaja kutu tapi hantu hehehe...
itulah hantu yang nak cari makan di tengah perut kota yang sedang menggila.
Adakala kita juga perlu pandang dengan mata insani..
Syabas puisi terbaharu kamu!
kadangkala terfikir jugak aku....
aku tahu diorang cari makan.....
tak pernah terfikir ke wat cara yang betul....
kadang2 aku pun pk... macam mane dengan anak bini diorang... makanan dari sumber mana?
terima kasih atas komen anda
Post a Comment