Sesekali
Kita dikejutkan jua
Dengan perkara yang tidak
Pernah kita undang
Yang tak pernah kita jangka
Apa lagi diharapkan
Kadangkala
Ada air mata yang menitis
Walaupun sebelumnya mataitu
Bagaikan kontang
Ada hati yang menjadi cair
Ada perasaan disiat pilu
Walaupun dulu hati dan perasaan itu
Bagaikan batu
Walaupun harta melimpah ruah
Biarpun wang ringgit sarat berjuta
Walau apapun yang ada
Sesungguhnya tak sama dengan rasa keinsafan
Yang singgah dijiwa
Setelah sekian lama
Didalam lena
Bagaikan mata tak terbuka
Aku berserah….kendatipun
Kita harus bersyukur
Agar tidak tenggelam dalam
Kufur dan takbur
Tak ada yang pilu
Digembar gembur
Kerana yang pasti
Kita kan ke kubur jua
copyright: nekyam08...opsss...jiran sebelah rumah
Saturday, May 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment