Saturday, May 31, 2008

Keinsafan - MOHAZRIE

Riuh gempita gegar ekzos kelam
Meratah jalan anak-anakku hunggar ke hulu
Bermotosikal lorat hilang tuju
Keretanya leron putus arah tebar berkeliaran

Dikala itu kucuba menyingkap lembaran
Silam yang penuh dengan kegelapan
Kucuba rayapi ruang gelita
Dingin mencengkam sisa kekuatan yang ada
Merobek serpihan nostalgia semalam
Tinggal jasad mimpi-mimpi kelam

Aksara itu semuanya menjadi keinginanku semata-mata
Morfin, kokain, ganja, syabu, heroin, ketamin
Sering menjadi jamahan tatkala
Diriku kegersangan

Mak... Abah... tolong...
Tolonglah ......
Aku mahu wang...aku mahu dadah...aku mahu......
Mana......mana.......
Ah......tidak!!!

Namun kusedar itu hanyalah
Sekadar ilustrasi gelap
Yang penuh dengan kesengsaraan
Kerana kusedar
Hidup ini tidak mungkin berpanjangan

Dalam gigil lesu derita yang panjang
Jendela keinsafan menguak senyum
Mempersilakan aku yang pernah tewas
Menyusuri jalan masa depan
Tak rugi kita bunuh sebuah nafsu
Disaat begini, dunia kian tua
Tak dapat diusap masa kecilnya
Tak akan kembali masa remaja
Belum terlambat.....mari keluar
Dari lorong merempuh jalan utama nan lebar

Wahai watanku.........
Jadilah benih yang bernas
Seribu tahun dijemur panas
Digetus digetas binatang buas
Tetap tumbuh mencetus tunas


copyright: nekyam08...opsss...jiran sebelah rumah

4 comments:

mohad said...

tak sangka awak berbakat besar..

Rina said...

salam nek yam,

wah... banyaknya puisi wan. blog ni akan jadi blog puisi ye wan.

salam kenal. seronok sertai bengkel dgn wan tempoh hari.

dah siap novelnya wan?

Unknown said...

waaa dh active berkarya rupanya..salam perkenalan semoga kita sama2 berjaya dalam bidang penulisan..

DeQ-Wan said...

biasalah... org dah lama tulis sajak ni... cuma malas nak terbitkan..... bialah masuk dalam ni bakal menjadi tatapan anda semua.

DEQ-1 gosong © 2008 Template by:
SkinCorner