Saturday, February 28, 2009

RinTihaN saNG jaGAt

Pada 19 Februari 2009 yang lalu, saya dan 4 orang rakan yang lain dari Fakulti Teater (Fiqa, Diba, Baby dan Nad) telah membuat persembahan bagi melunaskan tanggungjawab sebagai tugasan berkumpulan untuk kelas Bahasa Melayu. Sehari sebelumnya, kami berbincang tentang persembahan yang bakal kami laksanakan. Sebelum itu, kumpulan lain banyak mempersembahkan slot berbentuk perbincangan atau forum. Tidak lupa juga mereka yang mendeklamasikan sajak. Kami mengambil kesempatan untuk "lari" daripada apa yang telah mereka lakukan.
Kami memerah idea serta memilih isu semasa yang tepat. Hal ini kerana, kami perlu menyampaikan mesej yang jelas. Masih terngiang-ngiang dibenak fikiran kami, bahawa "Abang Din" ada berpesan serta menerangkan tentang konsep persembahan yang perlu dilakukan. Konsep Komunikasi yang tepat perlu disampaikan kepada khalayak. Komunikasi yang berkesan mestilah merangkumi aspek seperti berikut:
  1. Suara atau vokal yang jelas.
  2. Bahasa tubuh.
  3. Bunyian.
  4. Keyakinan.

Jadi kami telah memilih secara sebulat suara untuk mempersembahkan sebuah DEKON dengan diselitkan unsur PENTOMIN. Kemudian kami telah memilih isu ALAM SEKITAR sebagai nadi dan tunjang kepada persembahan kami ini. Oleh hal yang demikian, saya telah dipertanggungjawab oleh saudari Fiqa, untuk mencipta puisi.

Selepas sesi perbincangan tamat, saya bingkas mengemas beg dan buku lalu bangkit pulang menuju ke hostel untuk menyiapkan puisi ini. Penat juga memikirkan idea-idea yang perlu diselitkan dalam puisi ini. Saya menggunakan pengalaman dalam bidang penulisan sebelum ini untuk mendapatkan puisi yang terbaik. Saya telah memilih tajuk "RINTIHAN SANG JAGAT". Saya memilih tajuk ini adalah kerana ingin mengetahui bahawa sikap manusia yang tidak berperikemanusian serta tidak bertanggungjawab mengakibatkan alam merintih dalam menghadapi kesengsaraan. Kami menjalankan latihan sebaik mungkin. Kami turut memikirkan pergerakan yang perlu dilakukan bagi mengiringi puisi yang telah dicipta.

Tiba sahaja waktu persembahan, kami berharap yang terbaik. Sekiranya berlaku yang tidak diingini "The show must go on".

RINTIHAN SANG JAGAT

Tidak!!!
Tidak, Tidak!!!
Tidak!!!
Tidak…!!!

"Aku haus…
Tolong…
Mengapa dihukum begini
Wahai “MANUSIA”?

“Tebang lagi…
Tebang banyak-banyak…
Tarah lagi…
Korek dalam-dalam…
Hahahahaha…..”

“Kita nak buang di mana tuan?
Campak saja dalam sungai itu.
Tapi, nanti kita kena tangkap?
Aku bos atau kau bos?
Aku cakap buang, buang sajalah…
Baik tuan…”

Kehijauan menghias wajah semesta menyejuk mata,
tenang jiwa setenang-tenang air terjun berlagu riang seriang-riang unggas di belantara

Langit terhampar
gunung menerjah awan tempat raja rimba bertapa tempat beburung berpesta tempat monyet berkeluarga

Tasik cerminan wajah kesucian sang ikan berlumba sang udang ketawa sang belentong berlagu jiwa menunggu hujan menyirami alam

Sungai tempat tumpahan rezeki alirannya selancar biduk berlalu tempat bermandi tempat bersuci

Laut yang setia tetap memukul kepantai
Mengiringi si kecil berkelah menyimpan sejarah

Aerosol giat berpacaran
Menyeru klorofluorokarbon berpesta
Mencetus kesan rumah hijau…
Lori…
Bas…
Kereta…
Motosikal…
Gamaknya berasak-berasak
Meluru destinasi tanpa sedar menghambur asap sengsara…

Wahai MANUSIA yang mulia
Berilah aku kesempatan untuk terus hidup di bumi tuhan
Usah kau ragut kedamaian ini
Usah kau curi kebahagian dunia ini
Usah kau cabuli keutuhan kami
Ingatlah wahai insan…

Dengarlah rintihan alam ini
Dengarlah tangisan sang gajah
Lihatlah ngauman pak belang
Rasalah sengsara cik monyet
Dengarlah!!!

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hambar
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini
kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya
kematangan fikiran
Bila dijiwa kita
masih lagi muda dan mentah
kulihat hijau

Habis sahaja persembahan, kami tidak menyangka akan mendapat tepukan yang gemuruh daripada rakan-rakan yang lain. Terima Kasih semua. Kami agak terkejut apabila "Abang Din" menyatakan bahawa:

Abang Din : Inilah persembahan yang telah menggunakan kesemua aspek komunikasi dalam kehidupan. Jadi markah penuh untuk kamu semua.

Alhamdulillah...Terima kasih "Abang Din" (melonjak keriangan)

Tuesday, February 24, 2009

FeStiVal of Colours of ThE woRld 2009



Tentative Programme

Mek Mulong Workshop
Date : 12th February 2009 / Thursday
Venue : Multi Purpose Hall, UTP
Dress Code : Sport Attire

9.00a.M : Registration
8.00p.M : Arrival Of Participants
8.20p.M : Arrival Of Speaker
8.30p.M : Workshop
10.30p.M : Adjourn

Mek Mulong Workshop
Date : 13th February 2009 / Friday
Venue : Multi Purpose Hall, UTP
Dress Code : Sport Attire

8.30a.M : Arrival Of Participants
8.50a.M : Arrival Of Speaker
9.00a.M : Workshop
10.45a.M : Break
11.00a.M : Workshop
12.30p.M : Lunch & Prayer
2.30p.M : Workshop & Rehearsal

Mek Mulung Show & Closing
Date : 13th February 2009 / Friday
Venue : Multi Purpose Hall, UTP
Dress Code : Casual

8.00p.M : Arrival Of Participants
8.20p.M : Arrival Of Director Of Student Services
8.30p.M : Salutation By Emcee
8.35p.M : Mek Mulung Show From Universities / Colleges
9.30p.M : Credit By Director Student Services
10.00p.M : Adjournment & Refreshment

Fesco Night Rehearsal
Date : 14th February 2009 / Saturday
Venue : Chancellor Hall, UTP

8.00a.M – 12.30p.M
· Universitas Gadjah Mada, Indonesia
· Oberlin Shansi USA
· University Malaysia Sabah
· Kolej Yayasan Sabah
· UCSI University
· ASWARA
· UniKL
· TATiUC
· UNITEN
· Sunway University College
· University Teknologi Petronas

12.30p.M – 5.00p.M
· Kolej TAJ Ipoh
· International Medical University
· Multimedia University
· University Kebangsaan Malaysia
· HELP University College
· UiTM Shah Alam
· Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta
· University Sains Islam Malaysia
· Masterskill University College

Festival Of Colours Of The World 2009
Date : 14th February 2009
Venue : Chancellor Hall, University Teknologi Petronas

8.00p.M : Arrival Of Audience
8.20p.M : Safety Briefing
8.30p.M : Arrival Of Vvip
8.35p.M : Speech By Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin Hj Kassim, Rector UTP
8.40p.M : Token Of Appreciation To Each Universities & Colleges
8.45p.M : Performance By Universities & Colleges

1. ASWARA – Tari Inai
2. University Tenaga Malaysia – Ulik Mayang
3. Universitas Gadjah Mada Indonesia – Golek Alun Alun a Javanese Gamelan Classical Yogjakarta Court Dance
4. International Medical University – Zapin & Inang
5. University Sains Islam Malaysia – Ghazal Party & Zapin Hanuman
6. Kolej Yayasan Sabah – Bamboo Native
7. USCI – Zapin & Asmaradana
8. Sunway University College – Bollywood Dance
9. University Kebangsaan Malaysia – Tari Tualang Tiga
10. HELP University College – Multiracial Dance
11. Oberlin Shansi USA – Drumming Fusion
12. TATiUC Terengganu – Joget Gamelan
13. University Teknologi MARA – Kreasi Gamelan Baru
14. Masterskill University College – Medley Borneo Rhythm
15. Kolej Pembantu Perubatan – Pencak Tari
16. Kolej TAJ Ipoh – Malay & Indian Fusion
17. Multimedia University – Inang Renik & Canggung
18. University Malaysia Sabah – Daling-Daling
19. University Kuala Lumpur – Zapin
20. University Teknologi Petronas – Taman Sari

11.40p.M : Adjournment

Monday, February 9, 2009

"ATAS NAMA KEMANUSIAAN"

Pada 31 JANUARI 2009 yang lalu, aku dan beberapa rakan yang masih tinggal di asrama dijemput ke Majlis Malam Amal “Atas Nama Kemanusiaan” di Panggung Sari Istana Budaya. Malam amal ini diadakan adalah bersempena mengutip dana untuk menyumbang kepada tabung Gaza. Malam ini merupakan suatu malam bagi mengenang keganasan yang berlaku di Gaza Palestin angkara pengeboman yang berlaku di sana.

Di dada akhbar, kaca televisyen, corong radio dan laman internet sentiasa memaparkan cerita-cerita tentang kesan keganasan yang berlaku. Suami entah ke mana. Isteri menangis kesakitan. Ibu dan ayah gugur di medan ciptaan tuhan. Anak-anak meratapi kesengsaraan. Hitam. Suram. Gelap. Muram. Sedih. Marah. Semuanya ada.

Kami bertolak ke Istana Budaya pada jam 7.30 malam. Pergi dengan menaiki bas. Saat aku melangkah kaki menaiki bas, aku mula berfikir. “Mesti tak best konsertnya nanti”. Tapi aku lupakan barang seketika. Aku berbual-bual kosong dengan rakan yang lain sementara menanti untuk sampai ke destinasi yang dituju. Sampai saja ditempat yang dituju, driver bas parking jauh sangat.

Katanya : Kamu semua turun sini, nanti malu sebab sikit sangat orang. Saya tunggu sini. Nanti dah habis kamu semua ke mari ok.

Kami : Hahahahahaha………ok uncle.

Terbahak-bahak kami ketawa mengenangkan 8 orang saja yang pergi sana. Sepatutnya ramai. Tapi nak buat macam mana, yang lain tak balik lagi dari kampung sebab cuti Tahun Baharu Cina. Kami mula melangkah menuju ke dalam bangunan yang serba indah. Kami menanti untuk dipanggil masuk. Kami mula mencari-cari Pak Mus. Biasalah dia yang uruskan semua tu. Kami naik kat tingkat 2. Saat mencari Pak Mus, tiba-tiba kepala dia tertonjol keluar dari pintu sebelah kanan. Kami masuk ke dalam dengan bantuan Pak Mus. Kalau tak memang kena tunggu giliran baru dapat masuk. Almaklumlah ramai yang datang. Saat melangkah, suasana sejuk menyelubungi aku. Mak ai, air-cond kuat sangat. Nasib baik tak beku aku.

Saat aku nak duduk, aku terpandang ke arah tengah pentas. DAHSYAT. Sangat cantik ruang kat tengah pentas. Pencahayaan yang sangat cantik. Kemerah-merahan. Memang bertepatan dengan konsep keganasan dan pertumpahan darah. Aku terpandang kepada perkataan berwarna kuning iaitu ATAS NAMA KEMANUSIAAN. Aku mula fikirkan sesuatu tentang perkataan itu. Haaaaaaaaaaaaaaa……mungkin aku boleh guna perkataan tu sebagai tajuk novel aku…. Tapi Mimi cakap “Tu ciplak namanya Deqwan”. Haah.. betul jugak.

Aku fikirkannya kemudian. Majlis bermula dengan ketibaan YDPA dan isterinya. Yang mempengerusikan majlis malam tu Dato’ Mahathir Lokman. Dato’ tu beb…Aku suka cara dia mengaca sesuatu majlis. Mungkin kelebihan yang ada padanya adalah dia dapat menguasai beberapa bahasa dengan baik. Wow…. Superb. Tibalah part-part ucapan daripada Ment.Kek…dan BTPM…RM. Atoyai…. Memang mengantuk bila dengar ucapan… Tu memang perkara wajib bagi aku. Mengantuk ajelah kerja aku. Wakakakaka.
Ucapan tersusun dengan baik. Walaupun ada ayat-ayat yang tak berapa nak gramatis…. Wah dah macam cikgu BM pulak. Dah jadi THDSBO aje aku ni. Tapi aku mula terfikir sejenak. Betul ke apa yang diucapkan tu. Yang aku nak tergelak besar bila BTPM berucap.. sampai tersasul. “Kecacatama….Ketamadunan”.. Hoi…takkan nak sebut ketamadunan pun susah. Ni lah orang Melayu, bila disuruh berbahasa mulalah speaking. Hish. Memang dah sah-sah lah teks tu bukan diorang yang buat. Aku pun tak fahamlah kenapa orang vvip ni suka sangat suruh buat orang lain buatkan teks tu. Baik orang yang buat tu je jadi Ment. Kan senang.

Lupakan tu semua. Malam tu pun ada tayangan video, kesan daripada pengeboman yang berlaku di Gaza. Dahsyat. Berdebu. Punah-ranah. Ranap. Rebah. Runtuh. Aku ni As Usual akan mengalirkan airmata bila ada je menda-menda sedih jadi depan mata aku….. kesensitifan tu yang penting. Apalah agaknya yang dilakukan mereka sekarang. MasyaAllah.

Saat yang ditunggu-tunggu aku dan juga hadirin yang lain. Tak lain tak bukan ler…artist show.

Siti Nurhaliza menyampaikan “Suara Sepi” kepada dunia yang tak siapa mendengari. Diteruskan dengan “Ziarah” nyanyian Ramli Sarip untuk melihat derita sengsara dan disambut “Imagine” Jaclyn Victor membayangkan derita dan keperitan. Raihan tampil mendendangkan “Untukmu Palestin” yang dicengkam sengsara. Bersambung dengan Dithyrambic merintih tentang “Tanahair Yang Jauh” disambung oleh Aiman tentang “Dusta Berkalang”. Misha Omar mengalunkan “Hitam Putuh Kehidupan” untuk merenung erti kehidupan. Hanya “Allah Habibi” tempat insan menyerahkan diri dendangan Mawi.

Lepas tu, tak sangka pulak ada monodrama. Lakonan Umie Aida dan Sharonizam. Memang mantap. Tambahan dengan lakonan, kanak-kanak yang memang harus dipuji dengan keberanian mereka yang mampu menegendalikan diri di hadapan ribuan penonton nyang membanjiri segenap ruang panggung. Mantap. Superb. Sangat menyentuh hati. Menonjolkan rasa kebencian terhadap apa yang berlaku di Gaza…tanah berdarah. Bilalah bumi Gaza akan aman tanpa undangan besi berisi adunan kimia yang membahayakan. Tak patut dibiarkan

Persembahan artis-artis memang mantap. Tapi satu je yang hampeh. Mawi. Aku perasan yang dia lupa lirik. So nak adlib tak boleh. Hahahahahahahah. Wakakakakakakaka. Huhuhuhuhu…

Jaclyn Victor memang aku suka. Nak-nak kalau dia tarik suara and microphone tu atas kepala dia. Suara ada kat semua badan dia. Wow!!! Ramli Sarip…memang mantap. Papa Rock..yeah. Memperjuangkan lagu-lagu berbentuk puisi. Low profile orangnya. Banyak kali aku jumpa sebelum ni. Raihan…walau tiada lagi anggota kumpulan yang lama. Masih mampu bertahan hingga ke hari ini. Memang aku suka cara dan nyanyian mereka. Aiman…artis baru. Aku just suka lagu dia je. Aku memang tak suka sangat dia. Berlagak sangat. Ingat bagus. Depan YDPA pun tak nak tunduk hormat. Dah habis nyanyi baru buat. Apa punya artis pun tak taulah. Misha Omar macam biasa… still menyengat. Masih dengan attitude angkat kaki sebelah. Hentak kaki jangan samapi roboh pentas tau. Dithyrambic…unik. Tu yang aku boleh katakan. Koir yang diselitkan elemen lakonan. Tak pernah terfikir aku untuk menyampaikan persembahan sebegini rupa. Yang PALING AKU SUKA, biasalah artis pujaan. Dato’ Siti Nurhaliza. Persembahan pembukaan yang mantap. Lain daripada yang lain. Tak pernah orang lain buat. Dengan imej bertudung. Siapa kata artis bertudung kurang menyengat. Lihat saja persembahan beliau. FANTASTIC. SUPERDUPER POWERFUL SINGER. Go CT go. Lagu yang CT nyanyi memang penuh dengan makna yang tersembunyi. Terima kasih Johari Teh atas gubahan lagu tersebut. Salam Palestin buat Habsah Hassan kerana mencipta lirik yang sebegini rupa penuh dengan makna yang tersendiri.

SUARA SEPI

Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Suara dunia menzahirkan bantahan
Tiada sedikitpun member kesan

Jiwa bersarang dendam kebencian
Tiada lagi istilah kemanusiaan
Mereka punya hati tak punya rasa
Telinga telah tuli mata telah buta

C/O
Ada tangisan tak siapa mendengari
Suara itu kian lama kian menyepi
Terkulai anak dari pelukan ibu
Darah masih panas tubuh terbujur kaku

Tiada kedengaran kicauan burung
Bumi kemerahan langit semakin mendung
Mereka yang malang di daerah anbia
Azab sengsara kehilangan upaya

CIPTAAN : JOHARI TEH
LIRIK : HABSAH HASSAN
ARTIS : DATO’ SITI NURHALIZA

Sampailah masa untuk penyampaian cek oleh para dermawan. Gempak betul nilai RINGGIT MALAYSIA yang dipaparkan di atas permukaan cek. Ada paling kecil…RM100000. Dan yang paling besar RM1500000. Banyak tu. Kalau akulah yang dapat duit tu, macam-macam yang aku boleh beli. Tapi sejenak aku terpandang semula ke arah tulisan kuning “ATAS NAMA KEMANUSIAAN”. Mulalah aku fikir yang bukan-bukan. Betul ke para dermawan ni menderma secara ikhlas. Atau hanya sekadar nak dapat nama. Yang aku pelik sampai sekarang, time ada perang kat sempadan teluk sana mula sibuk nak menderma. Tapi time masyarakat sendiri ada masalah dan serba kekurangan, tak nak pulak tolong. Time Bersamamu buat liputan barulah nak tunjuk muka. Inikah yang dinamakan DERMAWAN? Ni lah manusia zaman sekarang. Bukan tak boleh nak tolong masyarakat kat Gaza tu. tapi beringat. Memanglah dalam Al-Quran ada mengatakan yang kita kena bantu-membantu dan tolong menolong mereka yang dalam kesusahan. Tapi kalau nak bantu tu suka sangat memilih orang yang nak ditolong. Hish…pelik. Kalau ikhlaslah takdenya diorang memilih. Wahai manusia yang nak menderma selepas ni, janganlah fikir nak dapat nama je. Mendermalah dengan ikhlas.

Pukul 10.00 bertolak balik ASWARA.

RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAH….

Friday, February 6, 2009

RAGAMNYA

Pinjaman memerupakan perkataan yang berasal dari perkataan pinjam yang didefinisikan sebagai memberi sesuatu untuk dipinjamkan bagi tempoh sementara waktu dengan janji akan dikembalikan apabila tempoh pinjaman berakhir. Apabila berbicara tentang pinjaman, ramai yang akan mentafsir situasi ini dengan panjang lebarnya. Ada yang mula berbicara dibelakang. Ada yang bertekak. Ada yang bermuram durja. Ada yang terbahak-bahak ketawa. Ada yang tersenyum sampai ke telinga. Ada juga yang geram. Entahlah….memang hal ini penuh dengan seribu satu persoalan.

Hal ini turut berlaku di tempat aku mengabdikan diri demi menuntut ilmu. Bila dibangkitkan saja soal “pinjaman”, rakan-rakan seangkatan mula membebel termasuk diri aku sendiri. Almaklum sajalah, semua itu adalah keperluan kami di sini. Kami perlukan pinjaman untuk membayar yuran, beli buku, menyiapkan tugasan/assignment, beli barang keperluan harian, makan dan minum serta pelbagai barangan lain.

Persoalannya sekarang, bila akan kami peroleh pinjaman itu? Soalan ini sering bermain di benak fikiran aku, sampai terasa ingin pengsan atau maksud wad. Tapi masih tidak diketahui status pinjaman ini. Sudah masuk semester kedua….masih tak dapat-dapat lagi. Kami perlukan pinjaman sekarang. Aku tak nak susahkan mak bapak aku lagi. Asyik-asyik minta duit. Ada pada satu malam aku cuba menelefon mak aku untuk meminta sesuatu. Tapi hati aku mendesak untuk aku meminta darinya. Aku cuba untuk menghalang langkah aku agar tidak bergerak sejauh itu. Namun aku tewas dengan desakan hati. Akhirnya aku menelefon mak dengan keadaan yang tidak selesa. Aku mulakan perbualan:

AKU : Assalamualaikum, Mak buat apa? Mak sihat?

MAK : Sihat. Tengah tengok tv. Ada apa telefon.

AKU : Saja telefon. Bosan pulak duduk sorang-sorang kat asrama. Lagipun budak-budak bilik tak balik lagi dari kampung diorang.

MAK : Sapa yang suruh balik awal-awal. Kan dah bosan.

AKU : Banyak kerja yang tak settle lagi. Nak siapkan cepat. Malas nak lambat-lambat.

Aku terdiam sekejap. Aku fikirkan sama ada patut atau tidak aku berterus-terang dengan mak aku. Rasa sedih mula menyelubungi diri aku. Tak tahu kenapa.

AKU : Mak, aku dah tak ada duit. Nak minta duit. Nak beli barang. Tadi aku pergi “riki-riki” kat tempat biasa harganya mahal.

Untuk kesekian kalinya dalam hidup, aku terpaksa berbohong dengan mak aku sendiri. Aku bukan sengaja nak bohong atau tipu mak aku demi kepentingan aku sendiri. Ketika itu aku memang dah tak ada duit langsung dalam simpanan.

MAK : Duit hari tu yang abah bagi dah habis ke?

AKU : Ada tu ada, tapi buat tambah-tambah takut tak cukup nanti. Dahlah barang kat sini mahal.

MAK : Nanti mak bagi tahu abah suruh masukkan duit. Nak berapa?

AKU : Suka hati. Masukkan je berapa pun.

MAK : Ada apa-apa lagi tak?

AKU : Tak ada kot. Ok lah mak, aku nak pergi makan ni. Dari pagi tak makan. Cuma makan roti je.

Aku cuba mengelak dari menelefon lama-lama. Sebab aku tak dapat tahan sebak di dada.

MAK : Ha….dompet simpan elok-elok. Laptopnya sekali. Mahal tu. tak habis bayar lagi. Belajar elok-elok.

AKU : InsyaAllah. Terima kasih. Kirim salam semua. Bye Mak. Assalamualaikum.

MAK : Bye Waalaikumsalam.

Sebaik saja selesai perbualan , jernih butir air mengalir keluar dari kelopak mata aku. Aku menangis. Aku sedih. aku tak dapat tahan kesedihan aku ni. TERIMA KASIH.

Kisah ini membuat aku bertambah geram dengan pihak pengurusan tempat aku belajar. Aku pun memang geram dengan REKTOR tempat aku belajar. Dialah kepala dalam tempat ini. Sepatutnya dia ambil tahu tentang kebajikan pelajar. Tapi dia buat tak tahu macamlah kat tempat ni tak ada pelajar. Dia Cuma nak tempat ni gah saja. Kementerian dah bagi peruntukkan, tapi dia bazirkan duit tu untuk perkara-perkara yang tak penting. Apa semua ni. Kalau nak bicang pasal cinta memang cepat je. Tak sedar betul orang tua ni. Asal cinta muka dia je yang nak enterframe.

Bila ditanya: Dato’ bila pinjaman kami akan dapat?

Jawabnya : Awak semua belum dapat ke? Saya ingat dah dapat. Nanti saya akan selesaikan.

Kalaulah kami ni anak PM, anak TPM, anak Sultan tak apalah juga. Senang je nak mintak duit. Kalaulah duit tu kami jumpa tersepak tak payahlah nak mintak-mintak dengan mak bapak. Kami ni bukan datang dari keluarga senang. Kalau ada pun berapa ketul je.

Jangan sampai orang lain tengok semuanya dalam keadaan baik. Tapi “dalamannya” hampeh. … memang betul lah kata THDSBM dia memang tolol. Lepas tu pihak pengurusan pulak lembab. Tak efisien langsung. Apa yang dibuat aku pun tak tahu. Makan gaji buta agaknya. Makan tidur. Makan tidur.

Aku pun makan tidur-makan tidur. Tapi kerja-kerja aku beres jugak. Yang ada tu sibuk mengayat anak dara orang. Nak mintak itulah….inilah. Siap nak ajak “MAIN” lagi. Dah gersang sangat agaknya. Potong bagi anjing makan baru tahu. Aku pun laki juga. Tapi tak adalah sampai nak kerjakan anak dara orang. Hishhh… tak paham betul aku. Kalau sampai ajak kahwin, beranak pinak dan hidup bahagia tak apalah. Ni just nak buat geli-geli. Hei…gunalah otak sikit. Pantang tengok dara nak disambar je… ingatlah anak bini oiiiiiiiiiiii…..

Ha lagi yang aku geram….pasal anjing. Dah buat laporan tapi tak ada tindakan langsung. Atoyaiii….

Bila ditanya : PM anjing kat padang…tak nak suruh mana-mana pihak tangkap ke?

Jawabnya : Itu bukan bawah tanggungjawab saya. Itu dah luar kawasan kolej. Dan luar tanggungjawab saya.

Bila dijelas : Anjing-anjing tu sampai kejar kitorang….nasib baik tak gigit. Dah lah ganas.

Dijawab : Pandai-pandailah awak nak hidup. Gunalah apa-apa nak halau anjing-anjing tu.

Woi bughik hang….. bukan tanggungjawab ko ke ha…. Pala otak ko… nenek ko tak hajo ke? Kalau sampai mati anak oghang ko nak diam je? Gunalah otak sikit. Kalau aku ni anak ko tak pelah……kalau ko boleh klonkan aku tak apa!!!!!!. Yang itu aku sabar je.

Ni lagi satu….entah man undang-undang dia (PM) pakai pun aku tak taulah.. asal ada salah je nak denda… saham kononnya. Bughik hang lagi sekali…..dalam buku peraturan tatatertib am pelajar or asrama or whatever lah tak ada pun tulis pasal menda-menda ni semua setakat baju salah sidai…tu pun nak kena bayar jugak…. Aku pun tak paham… dia yang nak duit tu atau apa. ARGHHHHHH…… MEMANG BUGHIK BETUL ORANG TUA NI.

Yang ni memang aku bengang. Ada satu hari tu aku kuar pegi makan kat tebing dalam pukul 9.30PM. pastu kitorang jalan-jalan….. And kitorang sampai kat betul-betul pintu pagar depan jam 11.00PM. Tapi pintu pagar dah tutup. Aku mintak guard bukak pintu…hai tak nak bukak. Aku cakap elok-elok…pastu baru nak bukak… kena tahan jap kat depan….tanya soalan….

Guard : Apasal lambat masuk.

Jawab : kitorang pegi makan. Ramai orang yang order.

Guard : korang tau tak dah pukul berapa ni?

Jawab : pukul 11

Guard : sekarang dah pukul 12.

Jawab : hei….salah tengok jam ke….

Guard : lain kali tolong cepat sikit.

Aku dah mendidih je kat depan tu tapi aku diam sebelum aku shoot dia balik. Terpaksalah aku dengar bebelan dia. Almaklumlah orang indon jd KP. Makin menggelegak aku. Kawan aku dah takut. Sebab takut kena amik nama.

Aku dah geram ni…….

Aku jawab : abang buta ke…. Sekarang baru pukul 11…. Tengoklah jam tu elok-elok sikit. Ingat kami ni tak tau tengok masa ke? Kalau kami tak sekolah memanglah tak tau tgk jam. Sekarang baru pukul 11. Kitorang pergi makan bukannya pegi melacur macam ape yang abg buat kat atas tu. jangan nak buat saya naik hangin kat sini. Kalau lah syarikat yang abg bekerja tu tak amik abg bekerja takkan dapat punya abg jadi KP macam sekarang ni. Ingat sikit. Kalau dah pendatang tu buat cara pendatang. Jangan nak tunjuk lagak kat sini. Saya tau saya lebih muda dari abang. Saya akan hilang rasa hormat bila orang buat benda tak betul kat depan saya. Sebelum abg mintak saya hormat pada abg. Hormat kitorang dulu. Saya boleh lapor kat PM apa yang abg buat kat tingkat atas tu. jangan ingat saya tak tau eh. Kalau ikutkan hati nak je saya sebarkan bukti tu. jangan kerana dah jadi KP nak berlagak. Memang dah lama saya bersabar dengan abg.

Lepas abis je aku membebel. Lega pulak. Tak sangka pulak aku marah KP….memang patut pun kena sejibik dengan aku. Kawan-kawan aku terkejut. Tak sangka pulak aku jadi macam tu. baru diorang tahu langit tu tinggi ke rendah. BENGANG AKU!!!!!!!!!!!!!!!!
DEQ-1 gosong © 2008 Template by:
SkinCorner