Thursday, July 9, 2009

Dushhhhhh!!!

Ayoooooooooooooooo....... Patah riuk aku hari ni.......
penatt

Tuesday, June 30, 2009

NUKILAN SEPANJANG ZAMAN

Ini adalah karya-karya sepanjang aku melibatkan diri dalam bidang penulisan

NOVEL:
  • Marhaenis (belum diterbitkan)
CERPEN:
  • Airmata Ibuku Dalam Semangkuk Cendol (belum diterbitkan)
  • Tiga Isteri Satu Wilayah (belum diterbitkan)

SAJAK:

  • Kalimat (belum diterbitkan)
  • Ku Berserah (belum diterbitkan)
  • Tetap Di Sini (belum diterbitkan)
  • Umat (belum diterbitkan)
  • Si Ibu (belum diterbitkan)
  • Rintihan Sang Jagat (belum diterbitkan)
  • Terduga Langkahku (belum diterbitkan)
  • Bantuan (belum diterbitkan)
  • Kutu-Kutu Puduraya (belum diterbitkan)
  • Bonda Kemerdekaan (sudah diterbitkan)
  • Keinsafan (belum diterbitkan)

Monday, June 29, 2009

Bongkar!!!

Semalam sebelum aku balik ke KL kira2 5 jam sebelum aku menaiki bas (kat rumah lagi la) hehehe.... Aku masih tercari-cari sesuatu yang aku rasakan bagai tiada benda yng menghiasi tembok umah aku. dari mula balik kmpung sampai semalam tak ada. Aku cuba tanya mak dengan abg. tapi tak berjawab. Semalam aku tanya lagi
"Mana motor vespa"
Mak aku terus bagi tau. abah dah jual motor vespa tu. sebab dah tak ada duit. aku bagaikan kaku. tergamam. tak tau nak cakap apa. airmata nak menitik tapi aku tahan. disebabkan aku abah terpaksa jual motor. disebabkan aku abah terpaksa berhutang sana sini.
"Adik mintak maaf abah sebab dah menyusahkan abah"
MAK.....ABAH
I LOVE U..........

Wednesday, June 24, 2009

D' Kampung

Cuti 2 minggu ni aku tak buat pape pun. Aku balik sbab nak hilangkan penat and rasa rindu sebab dah lama tak balik kampung. Hari2 dok menghadap laptop ni jelah. Novel aku seperti sebelumnya..tergendala lagi. Buntu aku dibuatnya. Tak tau lah. Dushhhh!!!.

Tiba aku teringat pulak mak dengan bapak aku. lagi sedih lah. ayooooo. daripada itu aku dapat idea. idea tu aku garapkan dalam bentuk CERPEN. siap jugak malam tadi setelah bertungkus lumus memerah idea. Idea saja yang aku ambil. Jalan cerita aku create lain.

CERPEN:

"AIRMATA IBUKU DALAM SEMANGKUK CENDOL"

KARYA:

NekYaM 08 / Mohazrie

Wednesday, June 17, 2009

Kasih tak kesampaian

Saat aku kenali dia aku rasa bahagia. Seronok dapat kenal org mcm dia. lama-lama aku jadi suka kat dia. dan aku rasa dia adalah segala-galanya bagi aku. keikhlasan, kejujuran dan tanggungjawabnya dapat aku rasai hingga sekarang.

Namun aper yang aku harapkan kecundang. Mimpi indah bertukar menjadi tragedi. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... Tidakkkkk!!!!. Kenapa di saat begini, jawapan seperti itu yang aku terima.

Takpelah aku sedar, aku tak sempurna. Aku pun tak layak untuk memilikinya.

TERIMA KASIH...TERIMA KASIH.

DEBGARKAN SAJA KLIP INI JIKA KAU MELIHATNYA:





Link post: http://www.youtube.com/watch?v=XdQwNMtqHRg

Sunday, June 14, 2009

PELUANG KEEMASAN

Fairuz tawarkan kat aku job untuk buat novel. OMG.....Dushhhh...Novel bukan hidup aku....Tapi takper....Aku penulis...pasti boleh.......Demi menampung kehidupan aku...aku buat juga.

Aku kena selongkar balik dokumen aku........Akan aku siapkan novel aku yang terkandas suatu ketika dulu.........SIAPKAN WAN....

AKAN MENEMUI ANDA

"MARHAENIS"

sebuah novel awal remaja

karya

NekYaM 08 / Mohazrie

Wednesday, June 10, 2009

Airmata di Kuala Lumpur

Aku rasa macam dah tak guna aku duk lagi kat kl ni. Aku dah banyak susahkan keluarga aku. Aku sentiasa mintak dari mereka. Aku dah tak sanggup nak mintak2 lagi. tapi keadaan memaksa aku untuk terus meminta. bukan untuk kesenangan aku. tapi untuk keperluan aku.

Tadi aku tepon mak tanya pasal duit. Aku memang dah takde duit. betul2 takde duit. duit2 aku bukan aku abiskan untuk berjoli. tapi untuk makan, tambang Lrt dan sebagainya. kadang2 aku tak makan pun sebab nak berjimat.

"Asslkm, mak buat aper?"

"Tengok tv"

"Sorang je ker?"

"Haah"

"Abg dengan abah mana?"

"Keluor"

"Owh"

"Ada aper tepon"

"Sajer je. Ni pun baru balik. Dah nak sampai umah"

"Dengan sapa?"

"Sorang je. Yang lain dah balik. Tadi ada show tlg budak2 ni"

Aku terdiam sebab tak sanggup nak cakap.

"Mak , dah cakap dengan abah pasal duit?"

"Dah, duit tengah takder. Nak korek mana?"

Aku tersentap. Bukan sebab tak dapat duit. Aku sedih sebab kerana aku duit abah dah abis dalam bank. Kerana aku jugak, abah terpaksa pinjam dengan orang. Aku dah menyusahkan abah dengan mak.

Mak, Abah...adik mintak maap sebab dah susahkan mak dengan abah.

Maafkan adik...

Maafkan adik...........

Tuesday, June 9, 2009

Carutku berkumandang lagi

Hari ni aku datang ke kolej tempat aku belaja dengan rasa gembira da penuh keriangan. Hari yang aku harapkan tiba. Bukan apa, hari ni pinjaman aku dah kuar dan aku boleh ambik cek aku. Aku menuju ke bilik kewangan untuk ambik cek tu. Malang terus menimpa.

"Kak saya nak ambik cek"

"Fakulti?"

"Teater"

"Nama?"

"Mohd Hazwan"

"Ermmm...Mohd Hazwan Bin Mohd Khadari ke?"

"Ha'ah"

"Maaf dik, adik punya tak proses lagi. Ni nama yang warna biru jer dah proses dan boleh ambik cek"

"Apa hal plak, janji hari isnin bleh ambik. apsal tak bleh plak?"

"Tu akak tak tau. adik kena tanya suMkaP. Sebab dia yang uruskan semua ni."

Keluar dari bilik kimaks tu.,.....

"Nak bagi tak nak sudah., semua keja buat lembab. pengurusan yang lembab. Memang lembab. lembab" (didengar oleh orang pejabat yang lalu lalang)

Aku pegin jumpa sumkap. minta penjelasa. dia pun terkejut sebab ni. pastu dia belek2 borang aku. dan aku terangkan aku dah buat semakan. dia sendiri yang tengok masa semakan tu. kata tak ada yang salah. tup2 hari ni dia kata ada yang salah. bangang ke tak bangang. bongok. yang salah aku dah gari buat yang betul dan tandatangan kat tepi. dia nak orang yang buat salah tu sendiri kena tandatangan. takkan aku nak balik kampung la tu jugak johor. kalau ko bagi duit aku balik takper., aku dahlah tengah takde duit. nak kena bayar tulah inilah.

FFFFFFFFFFFFF*****************KKKKKKKKKKKKK

Friday, June 5, 2009

Carut aku dibahagian kewangan

Aku bengang sangat hari ni dengan pihak pengurusan tempat aku belajar. Bukan bengang pasal apa. tapi bengang pasal pinjaman yang aku tak dapat setelah sekian lama. Aku ni bukanlah orang senang yang bila2 masa boleh keluar duit dari ATM.

Katanya cek pinjaman boleh ambil hari ini 5/6/2009. Aku sangat excited sebab aku tengah nak guna duit. nak beli barang, nak bayar sewa dll. tapi bila tanya kewangan? HAMPEH.

"Cek hari isnin ni baru kuar dik. Konfem hari isnin"

Aku: pehal plak, kata hari ni.

"confirm hari isnin dik. Ada masalah sekarang ni."

Aku: Masalah pe nya. Semua nak buat last2 minit. Kejer tu lain kali buat efisen sikit. Jangan lembab.

Aku bengang terus keluar dari department tu. Bengang sangat. Macam sial. Menyusahkan aku je. Kang aku ngadu kat kementerian or whatever kata aku kurang ajarlah. rosak nama kolejlah.

Tu suka hati aku. Sebab korang dah kurang ajar kat kitorang. DUIT TU DUIT KAMI. Nak suruh bayar balik bukan main cepat. tapi nak bagi macam aper. NAK GAH JER.

Tapi kebajikan pelajar ada amik kesah.

f**K

Wednesday, June 3, 2009

Alhamdullillah...Amin!!!

Setelah hampir setahun aku kat sini, ada rezeki untuk aku. Aku tak mengharap kerja yang besar2 untuk aku. cukup sekadar untuk aku tambah pengalaman. Aku diberi tanggungjawab untuk tolong budak PeTA. Make-up pelakon jer. sekurang2nya benda tu membantu aku masa akan datang.

Aku akan jadi SM untuk 5 pengarahan budak degree teater tahun 2. Sebab karya diorang akan diangkat masa Hari Seniman bulan JULAI ni. Alhamdullilah tu kira sebagai prasyarat untuk aku PeTA nanti coz aku amik major PENGURUSAN.

Lepas tu Abg DB tadi ada pelawa ku untuk buat pengurusan dalam Muzikal Tun Razak dekat IB. Tak sangka aku. Ni lah acara besar untuk aku. Moga aku dapat laksanakan tanggungjawab tu nanti.

Monday, June 1, 2009

Migrasi katanya....

Akhirnya semester kedua tahun pertama berakhir dengan jayanya. Semua exam aku dah harungi. Assignment pulak aku dah bereskan. Tinggal tunggu result je. Lupakanlah.... Malas nak beratkan kepala fikir benda tu semuanya.

Akhirnya seksa duduk kat hostel pun berakhir. Aku pindah semua barang-barang kat umah sewa. Sekarang ni laha masa untuk aku hidup sendiri walau dengan housemate. Walau sikit aku dapat rasakan aku mampu untuk hidup sendiri.

Aku akan pastikan hijrah ini menjadi satu titik permulaan untuk aku majukan diri aku. biar aku bertatih sedikit demi sedikit. Migrasi ini pastinya satu petanda baik buat aku.

Monday, May 25, 2009

Kenangan Yang Terindah



Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=RMs83vY2d34

Aku rasa happy sangat sebab show Mek Mulung dah pun selesai. suatu pengalaman yang tak dapat nak aku lupakan. Bukan apa, ini adalah pengalaman terbaru bagi aku yang tak pernah terlibat dalam mana2 produksi teater tradisional. teater tradisional memerlukan kemahiran dan juga kreativiti dalam mengolah suatu persembahan. bukan apa...teater tradisional merupakan sastera rakyat yang disampaikan secara lisan dari saru generasi kepada generasi yang lain. tiada skrip. dan ini memberi satu cabaran kepada pelakon untuk melakonkan watak2 yang ada dalam cerita.




Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=PgjJNkBb-kM

Aku rasa ni lah pencapaian aku yang aku sendiri rasa dalam hidup aku. Aku telah berjaya meletakkan diri pada satu tahap yang boleh aku banggakan. Dan itu bukti untuk aku tunjukkan pada family aku, bahawa impian aku selama ini terbukti... Tq kepada semua yang bagi support khususnya family kau sendiri. Tak lupa kepada tenaga pengajar. kalau takde diorang aku sendiri takkan tahu pasal Mek Mulung dan takkan jadi seperti sekarang. dan aku mungkin takkan tahu yang aku ni boleh melwak. hahahahahahhaha.......

Saturday, May 23, 2009

Mek Mulong oh Mek Mulong

Ambik kau hari ni dah start show bagi aku. takut seh..........harap2 dapat buat yang terbaik malam ni. hope aku dapat adlib dengan baik...........

Yang Mendewasakan Aku



Link Post : ttp://www.youtube.com/watch?v=QvCo-KfIRsM



Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=i7BOo_yhYdQ



Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=CxIN79n4jVo



Link Post : http://www.youtube.com/watch?v=cl9axmrFnEc

Wednesday, May 20, 2009

RASA YANG TERPENDAM

LUAHAN RASA YANG LAMA TERPENDAM...
  • Aku rasa bengang sangat bila dengar orang dok sibuk2 cari pasal dengan aku. Kalau ko rasa diri tu bagus....please step forward. Tunjukkan yang ko hebat. Jangan nak dok bagi komen yang tak membina. Bukan aku nak kata aku bagus. Tapi sekurang2nya aku tunjukkan usaha untuk memperbaiki diri aku.
  • Ni semalam. Bengang aku rasa yang teramat sangat. Aku cakap baik2 tapi maki aku balik. Kau kalau nak buat show tapi tak nak tunjuk bakat yang ada tak payah nak berangan nak tunjuk hebat. Kalau malu tak payah nak jadi orang. Mentang2lah ko jadi korus ko ingat ko boleh dok senang lenang harap orang lain. Sampai bila ko nak maju. Ko tak bolehlah nak harap pelakon or penari cover untuk kau. Kitorang dah lah nak guna suara masa lakonan. Fikir2 lah jugak. Aku pun kena kuar suara gak. Lebih kuat lagi nak guna. Ko setakat duduk, goyang badan, menyanyi je.... Kerja senang dah. Taklah banyak bergerak. Kitorang ni yang banyak bergerak dahlah kena maintain energy.
  • Lagi satu, komen pasal aku tiru idea orang. Hello ko ingat adlib senang. Kita dah lah kena improvise semua benda. Semua benda kena fikir cepat. Orang takkan sedar bila kita tiru or tak. mungkin yang ko nampak tu satu kebetulan. Ko ingat kalau adlib yang meleret2 penonton suka ker.....Lagi penonton tu panas punggung adalah. Kalau rasa diri bagus.... pi gan ti tempat aku. Jangan nak brlagak bagus. Kau pun berlakon macam aper.....tak rasa apa2 pun. mumbling je aku dengar. energy lagilah takde. Kau ada mulutkan.. bukak mulut tu.... jangan nak kemam perkataan....
  • Ada lagi.....Ni watak kecik.....bila suruh kuat cakap biar penonton depan jer yang dengar.....Ko ni buta ker, rabun ker aper.....abis penonton kat kiri kanan tu haper...hantu...... Bangang nyer....Bagus sangat ker kau nak macam tu. kalau dah rasa bagus....tak payah nak masuk sini......pantang betul aku.
  • Lepas tu, dah buat satu2 benda....mula jadi hidung tinggi.. nak menunjuk2......Come on lah.....Kau tunjuk2 nak buat saper iri hati... kalau yan g ko buat tu bagus takpe... ni langsung takde aper2...kosong jer.........
  • Cakap nak gempak show.... tapi.....

Aku cakap bukannya nak tunjuk aku bagus atau aper....aku sedar ruang, sedar waktu & sedar batasan. Aku perbaiki hari demi hari. Kalau korang rasa terkesan dengan aper yang aku cakap ni, aku mintak maap dari ujung rambut sampai ujung kaki. aku cakap untuk kepentingan bersama.

Wednesday, May 13, 2009

Tak kuasa betul!!!!

PENAT......PENAT>>>>> MALAS......... BENGANG.......SAKIT HATI....

SEMUA ADA KAT AKU HARI NI........

DUSHHHHH!!!!!!!!

Tuesday, May 12, 2009

OMG

SKRIP MM TAK HABIS HAFAL.............. TIDAKKKKK!!!!!

AkU Rasa...

Kenapa aku rasa final exam kali ni tak macam exam. Aku tak taulah kenapa. Aku masih lagi tak bersedia nak exam. Aku jawab pagi tadi pun ntah apa2. Aku tak bersedia. Sem kali ni penuh dengan tekanan kerja dan tanggungjawab. Kenapalah sem ni short sangat. DUSHHHH!!!!

Monday, May 11, 2009

Menjadi ker?

Hari ni kelas MM dapat skrip baru. Dialog aku makin bertambah. DUSHHHHH!!>> Tapi aku tak tau hari ni aku buat menjadi or tak....... Aku tanya "S" dia kata menjadi. Mungkin sebab babak tu serius so kena lah dengan aku. Tapi nanti bila yang tu OK yang mula2 plak macam mana....,. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 10, 2009

KENAPA NI?

Aku tak tau kenapa dengan aku. Sampai sekarang aku payah nak bawak watak AWANG MUDA. Aku tau aku budak teater. Dan memang akan menjadi tugas aku untuk explore semua ni. Terus terang aku cakap aku bukan komedian yang senang2 untuk berlawak. Aku jenis serius. Macam mana ni.....
DEQ-1 gosong © 2008 Template by:
SkinCorner